Page 19 - KILIM
P. 19

Sekolah Kebangsaan Kilim



                                                                                                          Sekolah Kebangsaan Kilim merupakan salah satu sekolah rendah yang terdapat di kampung
                                                                                                          Kilim. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1984. Menurut Puan Rositha Binti Sulaiman

                                                                                                          yang  merupakan  guru  besar Sekolah  Kebangsaan  Kilim  berkata  sekolah  ini merupakan
                                                                                                          sebahagian daripada Sekolah Rendah Penghulu Ahmad. Sekolah Kebangsaan Kilim terletak
                                                                                                          14 kilometer dari Pekan Kuah. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 13 orang
                                                                                                          tenaga pengajar, seorang pembantu tadbir dan 3 orang pekerja kontrak. Terdapat 255 pelajar
                                                                                                          secara  keseluruhannya.  Pelajar  lelaki  seramai  143 orang  manakala  pelajar  perempuan
                                                                                                          seramai 121 orang. Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kilim adalah merupakan
                                                                                                          penduduk di kawasan sekitar Kampung Kilim seperti Kampung Batu Gajah dan Sungai Itau.
                                                                                                          Encik Fuad Ezrai'e bin Muhamad yang merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kilim
                                                                                                          berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan merupakan  penuntut tahun akhir di

                                                                                                          Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Sains Maritim. Hal ini  membuktikan
                                                                                                          generasi muda Kampung Kilim tidak ketinggalan dari segi pendidikan formal.












































 Kemudahan Insfrastruktur
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24