Page 22 - KILIM
P. 22
Berniaga nasi lemak adalah antara sumber pendapatan
penduduk kampung Kilim
Kebudayaan Kampung Kilim
Keunikan budaya bagi sesebuah negeri ataupun kampung memberi kelebihan dan tarikan bagi kampung
dan negeri tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan adanya budaya bagi sesebuah kampung tersebut
akan dapat memberi pengalaman baru bagi masyarakat luar untuk mengetahui tentang budaya kampung
tersebut. Kampung Kilim merupakan sebuah kampung yang mempunyai budaya dan tradisinya yang
tersendiri serta terus menjadi adat dan pegangan bagi penduduk di kampung ini. Etnik dan suku kaum
yang terdapat di Kampung Kilim ialah Melayu, Siam, dan Burma. Percampuran etnik di kampung ini
berlaku melalui perkahwinan dan imigrasi pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, kehidupan penduduk
di Kampung Kilim tetap bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.