Page 27 - KILIM
P. 27
Adat Perkahwinan
Rekaan pakaian ini berubah dari masa ke semasa kerana
perubahan zaman serta pengaruh daripada rekaan baju
kurung moden yang lebih banyak digunakan semasa Hari Raya Perkahwinan merupakan perkara yang membawa kepada
Aidilfitri. kebahagiaan mahupun kepada pihak pengantin dan keluarga
pengantin, dan merupakan satu peristiwa yang penting dalam
kehidupan seseorang. Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi
mengambil berat tentang perkara ini. Hasilnya masyarakat
Melayu kini diwarisi dengan pelbagai peraturan dan adat
istiadat yang pelbagai bentuk. Adat-adat yang dimaksudkan
adalah seperti merisik,meminang,bertunang, akad nikah dan
bersanding. Dari segi persediaan pula terdapat adat-adat
yang berkaitan seperti berandam, berasah gigi, berkhatam
Al-Quran dan berinai sehingga sampai ke kemuncak
Pakaian tradisional kampung Kilim
perkahwinan iaitu persandingan.
iaitu baju kurung Kedah yang begitu
menarik dan unik serta memberi
Sebelum perkahwinan berlangsung merisik harus dilakukan
sifat keayuan bagi sesiapa sahaja
terlebih dahulu. Untuk memulakan satu risikan pihak belah
wanita yang memakainya.
lelaki akan menghantar wakil sebagai orang tengah untuk
mengambil tahu latar belakang si dara,sama ada si dara itu
pandai menguruskan rumah tangga, pandai memasak, baik
atau tidak kelakuan nya dan sebagainya. Setelah mengetahui
serba sedikit latar belakang mengenai si dara dan dan
keluarganya, orang tengah akan memberitahu hajat yang
sebenar.
Setelah merisik, ibu bapa si teruna akan datang untuk
menyampaikan hajat meminang si dara dengan membawa
tepak siri "cik puan" sebagai tanda memulakan perbualan.
Selepas persetujuan dibuat, sirih akan dimakan oleh kedua-
dua pihak.
Kebiasaanya pihak si dara akan memohon penangguhan
sepurnama untuk memberitahu saudara mara atas pinangan
ini.
Semasa meminang satu rombongan yang kecil datang meminang dengan membawa tepak siri dan sebentuk cincin sebagai tanda pertunangan antara kedua-dua pihak dan mas kahwin
(belanja tangga) akan ditetapkan apabila persetujuan telah dibuat. Kedua belah pihak akan memilih hari yang baik untuk mengadakan majlis keramaian ini. Biasanya hantaran bersama-
sama mas kahwin juga ditetapkan(angka yang baik ialah lima bekas dan balasan daripada si dara ialah sembilan bekas). Sepanjang maljis perkahwinan pengantin perempuan akan
diandam oleh mak andam untuk menaikkan seri wajah. Akad nikah merupakan satu perkara yang wajib dalam Islam. Akad nikah dilakukan oleh kadi atau jurunikah yang merupakan ketua
Baju tradisional ini digunakan
agama bagi sesuatu daerah
semasa majlis persandingan
Pakaian Tradisional dan majlis-majlis tertentu.
Kemuncak perkahwinan ialah upacara persandingan ia dilangsungkan sehari selepas istiadat berinai besar dijalankan. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah.Selesai
majlis persandingan mereka akan dibawa ke rumah pengantin lelaki untuk maljis bertandang.