Page 5 - APP KKR 2023
P. 5

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               Semua Ketua Jabatan/ Bahagian




                          ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                             TAHUN 2023 (APP KKR 2023)



               Saya  selaku  Pengawai  Pengawal  Kementerian  Kerja  Raya  (KKR)  dengan  ini
               menggariskan  panduan  dan  tatacara  pengurusan  kewangan,  pembangunan,
               perakaunan,  perolehan,  perakaunan  aset,  sumber  manusia  dan  pengauditan  melalui
               penghasilan Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya Tahun 2023 (APP KKR
               2023). Dokumen ini juga disediakan bagi membantu semua Ketua Jabatan/ Bahagian
               dan  warga  KKR  untuk  melaksanakan  program,  aktiviti  dan  projek  KKR  dengan  lebih
               cekap, berkesan dan berintegriti.
               Semua Ketua Jabatan hendaklah memastikan mana-mana perkara yang memerlukan
               kelulusan  Pegawai  Pengawal  hendaklah  diperolehi  terlebih  dahulu  sebelum  tindakan
               selanjutnya diambil.


               Ketua Jabatan/ Bahagian juga diingatkan untuk mematuhi peraturan/ prosedur/ tatacara
               kewangan  yang  sedang  berkuat  kuasa  selaras  dengan  APP  KKR  2023  yang  telah
               dikeluarkan dalam memenuhi visi KKR sebagai peneraju pembangunan infrastruktur dan
               industri pembinaan negara.



               Sekian, terima kasih.

               ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

               Saya yang menjalankan amanah,






               (DATO’ WIRA WAN AHMAD UZIR BIN HAJI WAN SULAIMAN)

               Ketua Setiausaha
               Kementerian Kerja Raya
               Malaysia

               Tarikh :




                                                                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10