Page 9 - APP KKR 2023
P. 9

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

              1.2     Peruntukan       DSA      sebanyak      RM432,635,950       melibatkan      agihan     kepada
                      program seperti berikut :

                         i.   010000        -      Pengurusan
                        ii.   020000        -      Pembangunan Infrastruktur Jalan dan Pembangunan
                                                   Industri Pembinaan
                        iii.   030000       -      Pembinaan Infrastruktur Bangunan
                        iv.   040000        -      Penyelenggaraan Aset Tak Alih Kerajaan

               1.3      Aktiviti  di  bawah  Program  Khusus  kod  050000  dengan  peruntukan  RM33,350,000
                      adalah melibatkan tujuh (7) aktiviti seperti di LAMPIRAN I.

               1.4    Aktiviti  di  bawah  One  Off  kod  060000  dengan  peruntukan  RM10,050,000  adalah
                      melibatkan dua aktiviti iaitu Penyenggaraan dan Pembaikan Bangunan serta Perolehan
                      Kenderaan dan Jentera.


        2      PENURUNAN KUASA DAN CAPAIAN iGFMAS

               2.1     Semua  Ketua  PTJ  hendaklah  memastikan  pegawai  yang  melaksanakan  tugas-tugas
                       kewangan  mematuhi Jadual  Penetapan  Kuasa  dan  Tugas  Pegawai  Pengawal  kepada
                       Pegawai Perakaunan di bawah kawalannya selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan
                       Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 6 Tahun 2018 dan Arahan Perbendaharaan -AP11
                       untuk capaian dan peranan dalam Sistem ePerolehan.

               2.2     Sekiranya  terdapat  perubahan  atau  keperluan  untuk  mengemaskini  jadual/AP11
                       (ePerolehan)  tersebut,  permohonan  segera  hendaklah dikemukakan  kepada  Bahagian
                       Kewangan, Kementerian Kerja Raya untuk diangkat kepada Pegawai Pengawal.

               2.3     Tindakan  yang  sama  juga  perlu  diambil  bagi  capaian  pengguna  dan  had  kuasa  PTJ
                       iGFMAS.  Pastikan  peringkat  had  kuasa  memperaku  capaian  diberi  selari  dengan
                       perwakilan  kewajipan  daripada  Pegawai  Pengawal  (AP11),  Arahan  Perbendaharaan  -
                       AP101- Pemberian kuasa menandatangani baucar dan kebenaran khusus secara bertulis
                       melaksanakan Perwakilan Kewajipan Pegawai Pengawal/ Pemungut bagi terimaan.

               2.4     Permohonan  baharu/  kemaskini  capaian  iGFMAS  hendaklah  dikemukakan  dengan
                       mengisi borang Kew.290E-01 - Pin. 1/18 yang boleh dimuat turun di www.anm.gov.my
                       (Info > Muat Turun > Borang-borang) dan dikemukakan melalui solman di portal iGFMAS.

               2.5     Permohonan  baharu/  kemaskini  AP11  (ePerolehan)  hendaklah  dikemukakan  dengan
                       mengisi borang seperti di LAMPIRAN II.






                                                                                                            8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14