Page 12 - APP KKR 2023
P. 12

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       4.2.2  Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan yang akan ditarik
                              balik tidak mempunyai sebaranq komitmen dan mencukupi bagi membolehkan
                              waran tarik balik dilaksanakan.

                       4.2.3  Bahagian  Kewangan  boleh  menarik  balik  peruntukan  sekiranya  prestasi
                              perbelanjaan tidak memuaskan.


        5      PENGURUSAN PENUBUHAN/ PENUTUPAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

               5.1     TADBIR URUS PTJ

                       5.1.1  Penubuhan  PTJ  adalah  di  bawah  kawalan  Pegawai  Pengawal  bertujuan  untuk
                              melancarkan pengurusan kewangan dan perakaunan Kementerian/ Jabatan agar
                              sumber  dapat  diuruskan  secara  berhemat,  telus,  terkawal,  cekap dan berkesan
                              berdasarkan  keperluan  dalam  persekitaran  organisasi  dan  peraturan  kewangan
                              yang berkuat kuasa.

                       5.1.2  KKR melaksanakan tadbir urus PTJ secara tidak berpusat yang merangkumi PTJ
                              Tier 1 (Bahagian Kewangan KKR), PTJ Tier 2 (Bahagian/ Jabatan) dan PTJ Tier 3
                              (Jabatan/ Negeri/ Daerah).

                       5.1.3  Pegawai Pengawal melalui Bahagian Kewangan akan menilai semula status dan
                              operasi PTJ sedia ada di KKR dari semasa ke semasa. PTJ yang tidak aktif/ tidak
                              diperlukan, tiada/ kurang transaksi atau disebabkan oleh perubahan polisi/
                              dasar/ struktur Kementerian/ Jabatan akan disyorkan supaya ditutup. Ini adalah
                              selaras dengan konsep multitasking dan multiskilling dalam perkhidmatan awam.

                       5.1.4  Semua  PTJ  perlu  melaksanakan  arahan  berkaitan  pengurusan  kewangan  dan
                              perakaunan  yang  berkuat  kuasa  dari  semasa  ke  semasa  dan  melaksanakan
                              mesyuarat serta menyediakan laporan secara berkala seperti berikut:
                              i.  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun;
                              ii.  Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan;
                              iii.  Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan;
                              iv.  Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan; dan
                              v.  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengurusan  Kumpulan  Wang  Amanah/  Akaun
                                 Amanah (jika berkaitan).

               5.2     PENUBUHAN PTJ

                       5.2.1  Kuasa Melulus penubuhan PTJ adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal
                              dan tidak boleh diwakilkan selaras dengan asas - asas pertimbangan dan kriteria
                              penubuhan PTJ seperti berikut:

                              i.  Menjalankan sekurang-kurangnya satu fungsi utama seperti di LAMPIRAN III.
                                 Walau  bagaimanapun  sesebuah  Jabatan/  Bahagian/  Seksyen/  Unit  yang


                                                                                                           11
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17