Page 17 - APP KKR 2023
P. 17

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              JPKA hendaklah membincangkan perkara-perkara seperti berikut:
                              i.  Pengurusan Bajet;
                              ii.     Pengurusan Pembayaran Bil;
                              iii.  Pengurusan Perakaunan;
                              iv.  Pengurusan Perolehan;
                              v.   Pengurusan Aset dan Stor;
                              v.     Perbelanjaan Utiliti
                              vi.  Barang pakai habis
                              vii. Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Badan Berkanun Persekutuan;
                              viii. Penggunaan Kad Kredit Korporat Kerajaan.


        8      PELAPORAN ANGGARAN HASIL KEPADA PERBENDAHARAAN MALAYSIA

               8.1     Perbendaharaan  Malaysia menetapkan semua Kementerian  dan Agensi  menyediakan
                       anggaran bagi hasil Kerajaan Persekutuan yang akan  dipungut pada  tahun  berikutnya.
                       Anggaran hasil yang diperolehi akan digunakan dalam penyediaan Buku Anggaran Hasil
                       Persekutuan.

               8.2     Berdasarkan  Arahan  Perbendaharaan  -  AP41,  penyediaan  anggaran  hasil  hendaklah
                       mematuhi kod penjenisan hasil seperti yang ditetapkan oleh Perbendaharaan Malaysia di
                       bawah peruntukan Pekeliling Perbendaharaan PS 1.1: Penjenisan Kod Bagi Hasil dan
                       Perbelanjaan.

               8.3     Anggaran hasil perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum atau pada
                       30  Jun  2023.  Bagi  tujuan  penyelarasan  dan  penyatuan  maklumat  anggaran  hasil
                       berkenaan, Bahagian/ Jabatan/ Agensi hendaklah mengemukakan maklumat anggaran
                       hasil kepada Bahagian Akaun, KKR sebelum atau pada 5 Mei 2023.


        9      PENGURUSAN PERMOHONAN BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA

               9.1     Permohonan lawatan rasmi YB Menteri dan YB Timbalan Menteri adalah tertakluk kepada:
                       i.  Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008;
                       ii.  Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 15 Julai 2009;
                       iii.  Pekeliling  Perbendaharaan  PB  3.1  Garis  Panduan  Langkah  -  Langkah
                          Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan; dan
                       iv.  Pindaan-pindaan pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa pada tahun semasa.

               9.2     Semua  tugasan/  lawatan  rasmi  perlu  mendapat  perakuan  Ketua  Jabatan  terlebih
                       dahulu.






                                                                                                           16
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22