Page 18 - APP KKR 2023
P. 18

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               9.3     Bahagian  perlu  merancang  keperluan  tugasan/  lawatan  rasmi pegawai  ke  luar  negara
                       dengan  teliti  dan  meminimumkan  bilangan  delegasi  mengikut  keperluan  berdasarkan
                       bidang tugas, tanggungjawab dan kemahiran masing-masing.

               9.4     Permohonan tidak dipertimbangkan walaupun tidak menggunakan peruntukan Program
                       Khusus Bertugas Rasmi ke Luar Negara seperti berikut:
                       i.  Program lawatan melibatkan pegawai melebihi sepuluh (10) orang;
                       ii.  Program penanda aras yang tidak memberi impak kepada pelaksanaan dasar-dasar
                          negara;  dan
                       iii.  Permohonan-permohonan lain yang tidak relevan dengan dasar Kementerian.

               9.5     Bilangan pegawai yang mengiringi Ketua Delegasi iaitu sama ada YB Menteri/ Timbalan
                       Menteri/ Ketua Setiausaha/ Ketua Jabatan yang dibenarkan adalah seperti berikut:
                       i.  Tidak  melebihi  dua  (2)  orang  bagi  negara  yang  mempunyai  pejabat  perwakilan
                          Malaysia;
                       ii.  Tidak melebihi tiga (3) orang bagi negara yang tidak mempunyai pejabat perwakilan
                          Malaysia; dan
                       iii.  Bagi  mesyuarat  berjadual  atau  bersifat  teknikal,  kelonggaran  kepada  bilangan
                          delegasi  boleh  dipertimbangkan  tertakluk  kepada  kelulusan  Jemaah  Menteri/
                          Pegawai Pengawal.

               9.6     Semua  permohonan  bertugas  rasmi  ke  luar  negara  yang  menggunakan  peruntukan
                       Akaun  Amanah/  Kumpulan  Wang  Amanah  mesti  diterima  oleh  BPSM  tidak  kurang
                       daripada  empat  puluh  (40)  hari  bekerja  sebelum  tarikh  perjalanan.  Permohonan
                       hendaklah  lengkap  dan  teratur  sebelum  dikemukakan  kepada  BPSM  untuk  kelulusan
                       Pegawai Pengawal dan Kementerian  Kewangan.

               9.7     Semua permohonan Bertugas Rasmi ke Luar Negara hendaklah diterima oleh BPSM
                       tidak  kurang  daripada  dua  puluh  satu  (21  hari)  bekerja  sebelum  tarikh  perjalanan.
                       Manakala bagi permohonan yang memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan,
                       permohonan hendaklah diterima oleh BPSM tidak kurang daripada tiga puluh lima (35)
                       hari  bekerja.  Sekiranya  terdapat  kuiri  di  dalam  permohonan  tersebut,  maka  perlu
                       mengemukakan  semula  dokumen  dalam  tempoh  lima  (5)  hari  bekerja.  Kegagalan
                       mematuhi tempoh di atas akan mengakibatkan permohonan ditolak.

                       Jadual 1: Tempoh Masa Permohonan Kelulusan Bertugas Rasmi ke Luar Negara
                                       PERKARA                                        TEMPOH



                         Kelulusan Pegawai Pengawal                Tidak    kurang  daripada  dua puluh satu
                                                                   (21) HARI BEKERJA dari tarikh perjalanan




                                                                                                           17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23