Page 20 - APP KKR 2023
P. 20

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               9.12  Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal/ Kementerian Kewangan
                       akan menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan boleh dikenakan tindakan  tatatertib.

               9.13  Permohonan  Bertugas Rasmi ke Luar Negara hendaklah menggunakan  borang  KKR_P
                       K21_B01 dan dimohon melalui eKLN (rujuk manual pengguna urusan rasmi di eKLN).

               9.14  Ketua  Jabatan hendaklah merujuk Pekeliling, Surat Pekeliling dan Surat  Edaran seperti
                       berikut dalam menguruskan permohonan bertugas rasmi ke luar negara:
                       i.  Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4: Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan
                          Dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi
                          (Tidak Termasuk Anggota Tentera Dan Anggota  Polis);
                       ii.  Pekeliling  Perbendaharaan  PB  2.4:  Perbelanjaan  Bagi  Perjalanan  Tugas  Rasmi  Ke
                          Luar Negara;
                       iii.  Pekeliling  Perbendaharaan  PB  3.1:  Garis  Panduan  Langkah  -  Langkah
                          Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan;
                       iv.  Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5: Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi; dan
                       v.  Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1: Kaedah Perolehan Kerajaan.
                       vi.  Pekeliling Perbendaharaan PK 2.14 : Tugasan ke Luar Negara Berkaitan
                               Perolehan Kerajaan.

               9.15  Permohonan perjalanan ke luar negara bagi lawatan persendirian hendaklah diuruskan
                       mengikut Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 bertarikh 1 Oktober 2012 berkaitan
                       Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian.


        10     KELULUSAN PAKEJ (MESYUARAT/ KURSUS)

               10.1  PERANCANGAN PROGRAM AWAL TAHUN

                       10.1.1 Ketua  Jabatan  hendaklah  merancang  pelaksanaan  program/  aktiviti  pada  awal
                              tahun  dan  mengenal  pasti  program/  aktiviti  yang  benar-benar  perlu  sahaja
                              dilaksanakan melalui kemudahan pakej. Program/ aktiviti tahunan hendaklah
                              dimasukkan  dalam  Takwim  Bahagian/  Jabatan  tahun  bagi  mengelakkan
                              keciciran pelaksanaan program serta penganjuran pada saat-saat akhir.

                       10.1.2 Peraturan penyediaan kemudahan pakej tugas rasmi dan kursus/ latihan di KKR
                              adalah selaras dengan WP5 Peraturan Keraian Rasmi dan PK 7 Perolehan bagi
                              Penganjuran Majlis/ Acara Rasmi Kerajaan & Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan.

               10.2  PENGGUNAAN INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA)/ PREMIS KERAJAAN

                       10.2.1 Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1: Garis Panduan Langkah-
                              langkah  Mengoptimumkan  Perbelanjaan  Kerajaan  bertarikh  14  Julai  2022,
                              semua Bahagian/ Jabatan hendaklah mengutamakan penggunaan Institut Latihan
                              Awam (ILA) atau premis/ kemudahan sedia ada milik Kerajaan bagi penganjuran

                                                                                                           19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25