Page 22 - APP KKR 2023
P. 22

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       10.3.7 Sekiranya  terdapat  sebarang  perkara  di  luar  daripada  peraturan  sedia  ada,
                              Bahagian/ Jabatan perlu mendapatkan kelulusan khas daripada Kementerian
                              Kewangan melalui Bahagian Kewangan terlebih dahulu sebelum permohonan
                              pakej dikemukakan.

               10.4  TATACARA PEROLEHAN PAKEJ

                       10.4.1  Ketua  Jabatan  perlu  mematuhi  Tatacara  Perolehan  Kerajaan  Kemudahan
                              Secara Pakej yang sedang berkuat kuasa di dalam Pekeliling Perbendaharaan
                              PK  7.1:  Perolehan  Bagi  Penganjuran  Majlis/  Acara  Rasmi  Kerajaan  Dan
                              Jamuan  Keraian  Rasmi  Kerajaan  dan  PK  7.2:  Perolehan  Perkhidmatan
                              Kemudahan  Latihan  Secara  Pakej  sebelum  mengemukakan  permohonan
                              pakej kepada Pegawai Pelulus. Arahan ini tertakluk kepada sebarang arahan/
                              peraturan  semasa  yang  dikeluarkan  oleh  Kerajaan.  Ketidakpatuhan  dalam
                              melaksanakan  kaedah  perolehan  pakej  akan  menyebabkan  permohonan
                              ditolak dan  tidak dipertimbanqkan sama sekali

               10.5  SENARAI SEMAK DOKUMEN PAKEJ

                       10.5.1 Dokumen permohonan yang perlu dihantar hendaklah lengkap berserta justifikasi
                              yang kukuh dan relevan. Ketua Jabatan boleh merujuk kepada lampiran senarai
                              semak berikut:
                              i.  LAMPIRAN IV: Senarai Semak Pelaksanaan Kemudahan Latihan; dan
                              ii.  LAMPIRAN V: Senarai Semak Pelaksanaan Kemudahan Majlis/ Acara Rasmi
                                 Kerajaan.

               10.6  TEMPOH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PAKEJ

                       10.6.1 Ketua  Jabatan  hendaklah  memastikan  permohonan  pakej  yang  lengkap
                              dikemukakan kepada Bahagian Kewangan sekurang- kurangnya empat belas (14)
                              hari bekerja sebelum tarikh  program.

                       10.6.2 Tarikh  akhir permohonan  pakej  hendaklah  dikemukakan  pada  atau  sebelum  1
                              November  2023  manakala  tarikh  akhir  pelaksanaan  pakej  adalah  pada  25
                              November  2023  tertakluk  kepada  peruntukan  yang  mencukupi  serta  tarikh
                              penutupan akaun yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan.

                       10.6.3 Pegawai  Pelulus  berhak  menolak  dan  tidak  mempertimbangkan  permohonan
                              pakej yang tidak relevan, tidak lengkap atau lewat dikemukakan.


        11     PINJAMAN/ PEMBIAYAAN KEMUDAHAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM
               11.1  Pinjaman/  Pembiayaan  Kemudahan  dalam  perkhidmatan  meliputi  perkara  -  perkara
                   berikut:
                       i.  Pinjaman/ Pembiayaan Kenderaan;  dan
                       ii.  Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphone).


                                                                                                           21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27