Page 26 - APP KKR 2023
P. 26
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
14.3 Ketua Jabatan hendaklah memastikan permohonan bagi kategori pegawai yang layak
sahaja diperakukan serta memastikan Bahagian/ Jabatan mempunyai peruntukan
yang mencukupi bagi tuntutan bayaran balik kemudahan alat komunikasi mudah alih
dan caj bulanan.
14.4 Permohonan baharu bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih hanya akan
dipertimbangkan sekiranya melebihi tempoh dua (2) tahun daripada tarikh kelulusan
sebelumnya. Permohonan beserta resit dan dokumen-dokumen lengkap yang berkaitan
hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pelulus dalam tempoh tiga (3) minggu selepas
tarikh pembelian. (Rujuk LAMPIRAN VIII senarai semak kemudahan pembelian alat
komunikasi).
14.5 Kemudahan bantuan pembelian alat komunikasi mudah alih dan caj bulanan adalah bagi
tujuan rasmi KKR/ JKR sahaja. Justeru, tarikh pembelian alat komunikasi mudah alih yang
kurang daripada enam (6) bulan sebelum tarikh pegawai menamatkan perkhidmatan/
bersara tidak akan dipertimbangkan.
14.6 Kelulusan pembelian kemudahan bantuan alat komunikasi mudah alih hendaklah
direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai yang terlibat.
14.7 Caj bulanan yang boleh dituntut adalah:
i. Caj Bulanan
Caj panggilan termasuk caj panggilan suara, caj penggunaan data (mengakses
internet, muat turun dan seumpamanya), penggunaan emel, SMS, MMS dan sebarang
bentuk caj perkhidmatan data yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi.
ii. Caj Tambahan
Caj tambahan adalah termasuk caj yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi
seperti pengaktifan perayauan antarabangsa (international roaming), value added
services (call waiting, voice telemanager, Calling Line Identification Restriction (CLIR),
call divert dan seumpamanya), penggunaan e-billing, duti setem dan cukai
perkhidmatan.
14.8 Caj panggilan bulanan yang tidak melebihi had maksimum kelayakan akan ditanggung
oleh Kerajaan sepenuhnya termasuk caj panggilan tidak rasmi. Walau bagaimanapun jika
terdapat caj panggilan bulanan melebihi had maksimum yang ditetapkan dan pegawai
mengesahkan butir panggilan adalah rasmi berdasarkan bil bulanan, pastikan kelulusan
Ketua Jabatan diperolehi supaya ianya ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
14.9 Tuntutan bayaran caj bulanan yang dikemukakan hendaklah mengandungi dokumen
berikut:
i. Borang tuntutan (rujuk LAMPIRAN IX); dan
ii. Bil telefon bulanan yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi untuk pasca bayar
dengan membuat pengesahan di muka hadapan bil sahaja atau resit/ slip/ kad tambah
nilai untuk pra bayar.
25