Page 28 - APP KKR 2023
P. 28

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                     i.  Keraian  rasmi  -  Jamuan  yang  diadakan  semasa  penganjuran  aktiviti/
                                         program  rasmi  Kementerian/  Jabatan  yang  menggunakan  peruntukan
                                         Kerajaan Persekutuan
                                     ii.  Jemputan  luar  -  Wakil  Kementerian/Jabatan  serta  agensi  luar  yang
                                         dijemput  untuk  menghadiri  sesuatu  mesyuarat  berkaitan  tugas  rasmi
                                         kerajaan
                                     iii.  Jamuan ringan – minum pagi atau minum petang
                                     iv.  Mesyuarat - Sesuatu perbincangan atau seumpamanya yang diadakan
                                         berkaitan urusan rasmi Kerajaan
                                     v.  Mesyuarat Pengurusan Tertinggi -  Mesyuarat yang dipengerusikan oleh
                                         Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah dan dianggotai oleh Timbalan Ketua
                                         Setiausaha  serta  Ketua-ketua  Agensi/  Timbalan  serta  Setiausaha/
                                         Pengarah Bahagian

                                b)  Keraian  rasmi  hanya  boleh  diadakan  bagi  penganjuran  aktiviti/  program
                                   seperti berikut:
                                     i.  Persidangan di peringkat Antarabangsa, Kebangsaan, Kementerian dan
                                         Jabatan;
                                     ii.  Majlis Penuh Istiadat/ sambutan keraian yang wajib diraikan di peringkat
                                         Kebangsaan, Kementerian dan Jabatan seperti majlis penganugerahan/
                                         pengiktirafan yang termaktub di dalam pekeliling-pekeliling Kerajaan dan
                                         sambutan  program  rasmi  peringkat  kebangsaan  dan  antarabangsa
                                         berkaitan fungsi Kementerian/ Jabatan;
                                     iii.  Lawatan rasmi orang kenamaan atau rombongan dari luar atau dalam
                                         negara yang wajib diraikan berkaitan urusan rasmi Kerajaan; atau
                                     iv.  Majlis  perasmian/  penutupan  sesuatu  program  rasmi  Kementerian/
                                         Jabatan.

                                c)  Keraian rasmi boleh diadakan semasa mesyuarat-mesyuarat berikut:
                                     i.  Mesyuarat  yang  dipengerusikan  oleh  YB  Menteri  dan  YB  Timbalan
                                         Menteri yang berkaitan dengan urusan rasmi Kerajaan;
                                     ii.  Mesyuarat  pengurusan  tertinggi  yang  dipengerusikan  oleh  Ketua
                                         Setiausaha Kementerian/ Ketua Pengarah;
                                     iii.  Mesyuarat yang melibatkan wakil negara asing; atau
                                     iv.  Mesyuarat  yang  melibatkan  jemputan  luar.  Walau  bagaimanapun
                                         mesyuarat yang kurang daripada enam (6) jam hanya boleh disediakan
                                         jamuan ringan.

                       16.1.6 Penetapan kadar bagi keraian rasmi/ majlis rasmi di KKR adalah seperti berikut:
                                a)   Kadar  keraian  rasmi  sehari  maksimum  RM123  bagi  program/  aktiviti/
                                     mesyuarat melibatkan YB Menteri/ YB Timbalan Menteri dengan pecahan
                                     seperti berikut;

                                      BiL.                 Jenis Jamuan                     Kadar Maksimum
                                        i.    Minum Pagi                                          RM8 seorang
                                       ii.    Jamuan Makan Tengah Hari                           RM50 seorang


                                                                                                           27
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33