Page 33 - APP KKR 2023
P. 33

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       19.3.4 PTJ  hendaklah  mengemukakan  salinan  Arahan  Pembayaran  tersebut  ke
                              Perbendaharaan.

               19.4  Penubuhan Jawatankuasa Siasatan
                       19.4.1 Jawatankuasa Siasatan akan ditubuhkan setelah kelulusan Pendahuluan Diri bagi
                              kes pembayaran di bawah AP59 diluluskan oleh Perbendaharaan.

                       19.4.2 Jawatankuasa  Siasatan  akan  menjalankan  penyiasatan  dan  seterusnya
                              menyediakan dan memperakukan Laporan Siasatan kepada Pegawai Pengawal
                              beserta  dengan  syor  tindakan  tatatertib/  surcaj  ke  atas  pegawai  yang
                              bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku kecuaian atau pelanggaran peraturan
                              kewangan.

                       19.4.3 Pegawai Pengawal kemudiannya akan meneliti laporan siasatan dan memberikan
                              ulasan dan syor serta menandatanganinya.

                       19.4.4 Laporan  siasatan  perlu  dikemukakan  kepada  Perbendaharaan  dalam  tempoh
                              enam puluh (60) hari daripada tarikh Pendahuluan Diri diluluskan.

               19.5  Pelarasan Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam)

                       19.5.1 Setelah mendapat kelulusan pelarasan daripada Perbendaharaan, PTJ hendaklah
                              mengemukakan  surat  kelulusan  tersebut  bersama  baris  perakaunan  vot  ke
                              Bahagian Akaun untuk tujuan pelarasan.

                       19.5.2 Pelarasan perlu dibuat dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh kelulusan
                              dikeluarkan.

               19.6  Tindakan ke atas Syor Perbendaharaan

                       19.6.1 PTJ perlu mengambil tindakan susulan terhadap syor surcaj dan/ atau tatatertib
                              yang dipersetujui/ dikeluarkan oleh Perbendaharaan.

                       19.6.2 Perbendaharaan  hendaklah  dimaklumkan  mengenai  keputusan  dan  tindakan
                              surcaj dan/ atau tatatertib ke atas pegawai yang bertanggungjawab dalam tempoh
                              sembilan puluh (90) hari dari tarikh kelulusan pelarasan dikeluarkan.

               19.7  Penyelenggaraan Buku Daftar AP59

                       19.7.1 Bahagian Kewangan hendaklah menyelenggarakan sebuah buku daftar AP59 yang
                              mengandungi maklumat berikut:
                              i.  Rujukan Fail Kementerian/ Jabatan
                              ii.  Jumlah Pendahuluan Diri dan tarikh diluluskan
                              iii.  Nombor Rujukan Kelulusan Perbendaharaan
                              iv.  Nama Pegawai yang diluluskan Pendahuluan Diri
                              v.  Tarikh pembayaran kepada pembekal/ kontraktor


                                                                                                           32
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38