Page 30 - APP KKR 2023
P. 30

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       surat  Jabatan  Perkhidmatan  Awam  Bil. JPA  (S)  63/163  (30)  bertarikh  23  Ogos  1994
                       mengenai Tatacara Menimbangkan Permohonan Bayaran Perpindahan dan Pertukaran
                       Bagi Kes-kes Pertukaran Atas Permohonan Sendiri.


        18     BAYARAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN

               18.1  Perintah  Am  Bab  F  Tahun  1974  menetapkan  bahawa  pegawai,  pesara  Kerajaan  dan
                      keluarga mereka yang berkelayakan adalah layak diberi kemudahan perubatan percuma
                      di klinik/ hospital Kerajaan. Sekiranya kemudahan perubatan yang diperlukan tidak dapat
                      diperolehi di klinik/ hospital Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di
                      hospital/  klinik/  aqensi  bukan  Kerajaan  atas  tanqqunqan  Kerajaan  tertakluk  kepada
                      pematuhan  terhadap  syarat-syarat  dan  peraturan-peraturan  sebagaimana  yang
                      ditetapkan  dalam  MyPPSM  Ceraian  SR.2.1.1  Versi  1.0  (2022)  Kemudahan  Perubatan
                      (Senarai  semak  permohonan  Perbelanjaan  Kemudahan  Perubatan)  adalah  seperti  di
                      LAMPIRAN X.

               18.2  Tatacara  permohonan  perbelanjaan  kemudahan  perubatan  atau  tuntutan  bayaran
                       rawatan  perubatan  adalah  berdasarkan  perenggan  8  hingga  13  dalam  Pekeliling
                       Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 bagi perbelanjaan:
                       i.  Pembekalan ubat, alat, perkhidmatan perubatan dan rawatan penyakit buah pinggang;
                       ii.  Rawatan kemandulan;
                       iii.  Rawatan pakar;
                       iv.  Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJN)
                       v.  Rawatan kecemasan; dan
                       vi.  Rawatan di luar negeri.

               18.3  Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Kewangan (KKR)/
                       Ketua Jabatan (JKR) dalam tempoh empat belas (14) hari selepas bil/ resit/ invois/ sebut
                       harga  diterima  daripada  klinik/  hospital  yang  berkaitan.  Oleh  itu,  adalah  menjadi
                       tanggungjawab pemohon untuk mendapatkan bil/ resit/ invois/ sebut harga sebaik sahaja
                       perkhidmatan perubatan diterima/ akan diterima daripada klinik/ hospital/ agensi swasta
                       yang berkaitan.

               18.4  Walau  bagaimanapun,  Pekeliling  Perbendaharaan  PK  7.17  membenarkan  perolehan
                       secara  pembelian  terus  dilaksanakan  bagi  kemudahan  perubatan  di  bawah  Pekeliling
                       Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009 tertakluk kepada had nilai dan pihak berkuasa melulus
                       seperti berikut:

                                        Bil          Had Nilai             Pihak Berkuasa Melulus
                                         1    Sehingga RM250 ribu                Ketua Jabatan
                                         2    Melebihi RM250 ribu             Pegawai Pengawal

               18.5  Pemohon  tidak  dibenarkan  mengumpul  perbelanjaan  kemudahan  perubatan  sehingga
                       melebihi satu (1) bulan.


                                                                                                           29
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35