Page 27 - APP KKR 2023
P. 27

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        15     PERMOHONAN KELULUSAN KHAS PERBENDAHARAAN

               15.1  Perkara-perkara yang berada di luar daripada peraturan sedia ada dan/ atau memerlukan
                       kelulusan  khas  Kementerian  Kewangan  hendaklah  diperolehi  terlebih  dahulu  sebelum
                       sesuatu program  dilaksanakan.

               15.2  Permohonan  kelulusan  khas  berhubung  Kawalan  Perbelanjaan,  Kawalan  Bajet,
                       Perolehan, Kemudahan dan Elaun, Pembayaran di bawah AP59 dan lain-lain hendaklah
                       dikemukakan  dengan  lengkap  berserta  justifikasi  dan  dikemukakan  kepada  Bahagian-
                       Bahagian yang berkaitan untuk mendapat persetujuan Pegawai Pengawal atau pegawai
                       yang diberi kuasa terlebih dahulu.

               15.3  Ketua  Jabatan adalah diminta memastikan permohonan diterima oleh  Pegawai  Pelulus
                       tidak lewat tiga (3) bulan daripada tarikh program bagi kelulusan khas Perbendaharaan
                       dan tidak lewat tiga puluh (30) hari bagi kelulusan khas Bahagian Kewangan, KKR.

               15.4  Bahagian Kewangan berhak untuk menolak dan  membatalkan permohonan yang tidak
                       lengkap atau lewat dikemukakan.


        16     LANGKAH-LANGKAH MENGOPTIMUMKAN PERBELANJAAN

               16.1  Semua Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:
                       16.1.1 Perjalanan  luar  stesen  hendaklah  mendapatkan  kebenaran  Ketua  Jabatan/
                              Bahagian/ Ketua PTJ terlebih dahulu bagi tujuan kawalan perbelanjaan. Bilangan
                              pegawai  yang  terlibat  hendaklah  diminimumkan  dan  menggunakan  kaedah
                              perjalanan yang paling menjimatkan;

                       16.1.2 Permohonan baharu/ tambahan untuk penyewaan bangunan, mesin fotostat, alat
                              siar  raya,  harta modal ICT dan bukan ICT, khemah, pengangkutan  dan  lain-lain
                              hendaklah dikawal;

                       16.1.3 Mematuhi pekeliling/ arahan dalaman mengenai penggunaan lampu dan pendingin
                              hawa  yang  dikeluarkan  dari  semasa  ke  semasa  dan  memastikan  permohonan
                              pelanjutan  penggunaan  utiliti  iaitu  lampu  dan  pendingin  hawa  selepas  waktu
                              pejabat  adalah  berdasarkan  kepada  keperluan.  Permohonan  pelanjutan
                              penggunaan  lampu  dan  pendingin  hawa  tersebut  perlulah  dimohon  secara
                              berasingan untuk pertimbangan Bahagian Khidmat Pengurusan;

                       16.1.4 Aktiviti  yang  berbentuk  ceremonial  hendaklah  dikawal  dan dilaksanakan  dalam
                              skala sederhana;

                       16.1.5 Bagi penggunaan kadar keraian rasmi, Kementerian Kewangan telah menetapkan
                              perkara seperti berikut:
                                a)  Tafsiran



                                                                                                           26
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32