Page 23 - APP KKR 2023
P. 23

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               11.2  Semua  kelulusan  Skim  Pinjaman/  Pembiayaan  Kenderaan  dan  Skim  Pembiayaan
                       Komputer  dan  Telefon  Pintar  (Smartphone)  hendaklah  direkodkan  di  dalam  Buku
                       Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai yang terlibat.

               11.3  Ketua Jabatan dan peminjam bertanggungjawab memastikan bayaran balik pinjaman
                       dilakukan  menurut  peraturan  yang  telah  ditetapkan.  Pihak pelulus  bertanggungjawab
                       mengutip balik bayaran ansuran dan tunggakan pinjaman/ pembiayaan kenderaan dan
                       pembiayaan komputer dan Telefon Pintar (Smartphone).

               11.4  Pegawai Pelulus bagi pinjaman/ pembiayaan kenderaan bertanggungjawab memeriksa
                       resit-resit  pembelian,  Cover-Notel  Sijil Insurans  dan  kenderaan  yang  telah  dibeli  oleh
                       peminjam  (perenggan  15.4,  Pekeliling  Perbendaharaan  WP  9.2/9.3:  Skim  Pinjaman
                       Kenderaan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan
                       Pendidikan Dan Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis).

               11.5  Pegawai  yang  diluluskan  pembiayaan  kenderaan  hendaklah  menyerahkan  resit  asal
                       pembelian kenderaan, Cover-Notel  Sijil Insurans  Komprehensif  dan  Buku  Pendaftaran
                       Kenderaan  yang  dicatat  "Hak  Milik  Dituntut  Oleh  Kerajaan"  kepada  pihak  pelulus
                       (Bahagian Kewangan, KKR) permohonannya di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas
                       bayaran  diterima oleh peminjam.  Sekiranya peminjam  gagal menyerahkan  dokumen-
                       dokumen  tersebut  di  dalam  tempoh  tiga  puluh  (30)  hari,  maka  pinjaman  itu  dianggap
                       terbatal selaras denqan  perenggan 15.1,  Pekeliling Perbendaharaan WP 9.2/ WP 9.3.
                       Peminjam  dikehendaki  untuk  membayar  sekaligus  jumlah  pinjaman  yanq  telah
                       diluluskan dan disenarai hitamkan selama lima (5)  tahun.

               11.6  Peminjam perlu memohon Pembatalan Hak Milik Dituntut Oleh Kerajaan dari Bahagian
                       Kewangan, KKR sebaik sahaja menerima Surat Arahan Berhenti Potongan Gaji/ Surat
                       Penyelesaian Pembayaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun, KKR selaras dengan
                       Pekeliling Perbendaharaan WP 9.2/ WP 9.3.

               11.7  Bagi  kelulusan  pembiayaan  komputer  dan telefon pintar  (smartphone),  Ketua  Jabatan
                       perlu  memastikan  peraturan-peraturan  dan  syarat-syarat  serta  tatacara  permohonan
                       kemudahan  pinjaman/  pembiayaan  komputer/  telefon  pintar  dipatuhi  selaras  dengan
                       Pekeliling  Perbendaharaan WP  9.1  mengikut  senarai  semak  seperti  di  LAMPIRAN  VI
                       (Pembiayaan  Kenderaan)  dan  LAMPIRAN  VII(Skim  Pembiayaan  Komputer/  Telefon
                       Pintar).

               11.8  Pengiraan amaun pembiayaan hendaklah mengambil kira jumlah potongan bulanan
                       bayaran balik pembiayaan yang mana potongan bulanan tidak melebihi 1/3 daripada
                       gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan gaji pegawai tidak melebihi 60%.

               11.9  Sekiranya terdapat kuiri di dalam permohonan tersebut, Bahagian penyelaras perlu
                       mengemukakan  semula  dokumen  dalam  tempoh  tiga  puluh  (30)  hari  bekerja.
                       Kegagalan mematuhi tempoh kuiri boleh mengakibatkan permohonan ditolak.




                                                                                                           22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28