Page 21 - APP KKR 2023
P. 21

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              acara/ majlis/ keraian rasmi Kerajaan/ mesyuarat/ persidangan/ seminar/ kursus dan
                              bengkel.

                      10.2.2 Bahagian/  Jabatan  hendaklah  merancang  dan  membuat  tempahan  lebih  awal
                             dengan  pihak  ILA  atau  premis/  kemudahan  sedia  ada  milik  Kerajaan  bagi
                             mengelakkan isu tiada kekosongan tempat.

                       10.2.3  Ketua  Jabatan  yang  telah  membuat  tempahan  dengan  pihak  ILA  atau  premis/
                              kemudahan sedia ada milik Kerajaan lebih awal tetapi tidak berjaya atas sebab-
                              sebab  tertentu,  permohonan  pakej  di  premis  swasta  hendaklah  disertakan
                              dokumen seperti berikut:
                              i.  Surat permohonan tempahan kepada sekuranq-kurangnya  tiga (3) ILA;
                                 dan
                              ii.  Surat jawapan maklum balas dari ketiga-tiga (3) ILA tersebut.

               10.3  KEMUDAHAN PAKEJ DI PREMIS SWASTA

                       10.3.1 Premis  swasta  yang  dimaksudkan  adalah  permis  yang  bersesuaian  termasuk
                              hotel  yang  mengenakan  kadar  bayaran  penginapan,  makan  dan  sewaan
                              keperluan-keperluan lain sekiranya perlu.

                       10.3.2 Semua  permohonan  pakej  di  premis  swasta  selain  dari  program  yang  telah
                              diluluskan  (Jadual  Latihan  Tahunan)  hendaklah  mendapat  kelulusan  Pegawai
                              Pengawal/ Pegawai  Pelulus.

                       10.3.3 Semua  permohonan  kemudahan  secara  pakej  perlu  dikemukakan  justifikasi
                              bertulis (sekiranya berkenaan) seperti berikut:
                              i.  Justifikasi keperluan mengadakan pakej di premis swasta;
                              ii.  Justifikasi pakej melebihi hari yang ditetapkan;
                              iii.  Justifikasi  pakej  dibuat  di  luar  zon  pemohon  untuk  kelulusan  Peqawai
                                 Penqawal; dan
                              iv.  Justifikasi lewat mengemukakan permohonan.

                       10.3.4 Kelulusan khas ini terpakai kepada semua Bahagian/ Jabatan kecuali Bahagian/
                              Jabatan yang telah mendapat pengecualian daripada Pegawai Pengawal KKR.

                       10.3.5 Kos-kos  selain  kos  pakej  seperti  tuntutan  perjalanan  dan  perbelanjaan  yang
                              berkaitan  hendaklah  diambil  kira  dalam  melaksanakan  sesuatu  program  untuk
                              memastikan kaedah dan pendekatan yang paling menjimatkan telah dilaksanakan
                              dalam semua perkara

                       10.3.6 Semua program/ aktiviti berbentuk mesyuarat pengurusan atau latihan bukan
                              fungsian  (generic)  di  peringkat  Bahagian  atau  bersama  agensi-agensi  di
                              bawah  kawalan  Bahagian  berkenaan  hendaklah  dihadkan  kepada  sehari
                              sahaja dan dilaksanakan di premis sendiri atau premis kerajaan.


                                                                                                           20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26