Page 19 - APP KKR 2023
P. 19

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023


                                       PERKARA                                        TEMPOH


                        Kelulusan khas Kementerian Kewangan
                                                                     i.  Tidak kurang daripada tiga puluh lima
                         i.   Peruntukan       Program                 (35) HARI BEKERJA dari tarikh
                                Khusus Bertugas ke Luar Negara         perjalanan
                         ii.   Peruntukan      Akaun                ii.  Tidak kurang daripada empat puluh (40)
                               Amanah / KumpuIan Wang                  HARI      BEKERJA  dari         tarikh
                              Amanah*                                  perjalanan
                                                                    Tempoh lima (5) HARI BEKERJA daripada
                        Permohonan yang dikuiri
                                                                    kuiri diterima
                       *  Permohonan  akan  diproses  sekiranya  perbelanjaan  bertugas  ke  luar  negara  adalah
                       perbelanjaan yang dibenarkan dalam Surat Ikatan/ Arahan Amanah

               9.8     Permohonan  yang  memerlukan  kelulusan  khas  Kementerian  Kewangan  yang
                       menggunakan peruntukan di bawah Program Khusus Bertugas Rasmi ke Luar Negara
                       adalah seperti berikut:
                       i.  Penyertaan melibatkan lebih daripada dua (2) orang  pegawai;
                       ii.  Tugasan  selepas  pelawaan  tender  yang  berkaitan  dengan  perolehan  kerajaan
                          (kelulusan Pegawai Pengawal diangkat oleh Bahagian Kewangan seterusnya akan
                          diangkat bagi kelulusan Kementerian  Kewangan);
                       iii.  Kekerapan perjalanan maksimum atas tugas rasmi (tidak termasuk kursus/ latihan)
                          ke luar negara yang dibenarkan dalam tempoh setahun adalah tiga (3) kali bagi Ketua
                          Setiausaha/ Ketua  Jabatan/  Ketua  Agensi  dan  dua  (2)  kali  bagi  pegawai-pegawai
                          yang lain; dan
                       iv.  Permohonan yang tidak menggunakan waran udara dan tidak menggunakan Syarikat
                          Penerbangan  Nasional/  Negara  ke  destinasi  yang  dituju  perlu  mengemukakan
                          permohonan ke Bahagian Kewangan.

               9.9         Permohonan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara yang menggunakan  peruntukan
                           sendiri, tajaan  oleh   penganjur/ badan-badan  bukan Kerajaan atau   persatuan    dan
                           bukan syarikat swasta masih memerlukan kelulusan khas Kementerian Kewangan
                           walaupun telah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.

               9.10  Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan permohonan yang dikemukakan mematuhi
                       semua peraturan yang ditetapkan.

               9.11  BPSM berhak menolak permohonan perjalanan bertugas rasmi ke luar negara sekiranya:
                       i.  Permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan;
                       ii.  Permohonan tidak disertakan dokumen lengkap;
                       iii.  Peruntukan Bahagian/ Jabatan tidak mencukupi; dan
                       iv.  Perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.


                                                                                                           18
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24