Page 15 - APP KKR 2023
P. 15

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              iii.  MOIC akan menyediakan anggaran bajet tahunan Kementerian bagi  Program
                                 dan Aktiviti, memantau kemajuan pelaksanaan dan melaporkan prestasi suku
                                 tahun  dan  tahunan  kepada  CPMC  (Central  Performance  Management
                                 Committee);
                              iv.  MOIC  akan  merekod  dan  memperakukan  keputusan  rancangan  dan  bajet
                                 Kementerian dalam minit mesyuarat;
                              v.  MOIC hendaklah menubuhkan jawatankuasa bagi setiap Program dan Aktiviti
                                 untuk menguruskan perancangan outcome, penyediaan bajet, pemantauan dan
                                 penilaian, dan proses pelaporan keberhasilan;
                              vi.  MOIC bertanggungjawab ke atas penginstitusian dan kemapanan pembinaan
                                 kapasiti dan inisiatif komunikasi OBB dalam Kementerian;
                              vii. MOIC  akan  memberi  maklum  balas  terhadap  cabaran  dan  isu  ke  atas
                                 pelaksanaan  OBB  kepada  Jawatankuasa  Pemandu OBB Nasional  (NOSC);
                                 dan
                              viii. MOIC  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya  sekali  bagi  setiap  suku
                                 tahun.

               6.3     JAWATANKUASA            PENGURUSAN           PRESTASI        PROGRAM         (PROGRAMME
                       PERFORMANCE MANAGEMENT COMMITTEE – PPMC)

                       6.3.1    Penyelaras setiap program bertanggungjawab menyelaras PPMC seperti berikut:
                                i.  PPMC  akan  merancang  hala  tuju  dan  melaksanakan  program  OBB  bagi
                                   mencapai outcome Program yang dihasratkan termasuk menyemak analisis
                                   pelanggan/ pemegang taruh (stakeholder) yang dibuat pada tahun sebelumnya
                                   mengikut konteks persekitaran sosioekonomi semasa, di samping mengambil
                                   kira trend dan prestasi tahun-tahun sebelumnya;
                                ii.  PPMC akan menganalisis, menyemak dan menggabungkan cadangan bajet
                                   bagi Aktiviti di bawah program OBB sebelum dikemukakan kepada MOIC;
                                iii.  PPMC  akan  memantau  dan  menilai  program  OBB  berdasarkan  Petunjuk
                                   Prestasi Utama (KPI) dan sasaran prestasi serta melaporkan hasilnya kepada
                                   MOIC secara suku tahunan;
                                iv.  PPMC akan mengambil tindakan pembetulan setelah disahkan dan diluluskan
                                   oleh MOIC termasuk melaporkan analisis varian dan laporan hasil daripada
                                   tindakan pembetulan yang dilaksanakan; dan
                                v.  PPMC  hendaklah  bermesyuarat  sekurang-kurangnya  sekali  setiap  suku
                                   tahun  bagi  tujuan  penilaian  dan  pelaporan  keberhasilan  peringkat
                                   Program.







                                                                                                           14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20