Page 16 - APP KKR 2023
P. 16

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               6.4  JAWATANKUASA  PENGURUSAN  PRESTASI  AKTIVITI  (ACTIVITY  PERFORMANCE
                     MANAGEMENT COMMITTEE – APMC)

                     6.4.1      Ketua-ketua  Aktiviti  bertanggungjawab  menyelaras  APMC  dengan  peranan
                                seperti berikut:
                                i.  APMC  akan  membangunkan  pelan  tindakan  melaksanakan  aktiviti  bagi
                                   mencapai  sasaran  outcome  berdasarkan  hala  tuju  yang  ditetapkan  oleh
                                   PPMC dan MOIC;
                                ii.  APMC akan menyediakan bajet Aktiviti untuk dikemukakan kepada PPMC;
                                iii.  APMC  akan memantau  dan menilai Aktiviti  berdasarkan  KPI  dan  sasaran
                                   prestasi dan melaporkan prestasi bulanan atau  suku  tahunan. APMC akan
                                   mengambil tindakan pembetulan  setelah disahkan dan diluluskan oleh MOIC
                                   termasuk  melaporkan  analisis  varian  dan  laporan  hasil  daripada  tindakan
                                   pembetulan yang dilaksanakan; dan
                                iv.  APMC hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun
                                   bagi tujuan penilaian dan pelaporan keberhasilan peringkat aktiviti.


        7      PENGURUSAN PRESTASI BELANJA MENGURUS

               7.1     JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA)

                       7.1.1  Ketua  Jabatan hendaklah memastikan pembentangan laporan  kewangan  dibuat
                              kepada  JPKA  masing-masing  mengikut  ketetapan  dan  peraturan  di  bawah
                              Pekeliling Perbendaharaan PS 5.1: Garis Panduan Pelaksanaan Jawatankuasa
                              Pengurusan  Kewangan  Dan  Akaun  dan  PB  3.1:  Garis  Panduan  Langkah-
                              Langkah  Mengoptimumkan  Perbelanjaan  Kerajaan.  Mesyuarat  JPKA  di
                              peringkat  Bahagian/  Jabatan/  PTJ  hendaklah  dibuat  lebih  awal  daripada  tarikh
                              mesyuarat JPKA di peringkat Kementerian mengikut ketetapan seperti berikut:

                                Bilangan        Tempoh Suku           Tarikh Mesyuarat           Tarikh Akhir
                               Mesyuarat             Tahun                                  Penghantaran Minit
                                                                                                Mesyuarat ke
                                                                                                  Bahagian
                                                                                                  Kewangan
                                Pertama       Oktober – Disember       19 Januari 2023         11 Januari 2023
                                             (Tahun sebelumnya)
                                  Kedua          Januari – Mac           18 April 2023          12 April 20223
                                                (Tahun semasa)
                                  Ketiga           April – Jun           25 Julai 2023          18 Julai 2023
                                                (Tahun semasa)
                                Keempat        Julai – September       24 Oktober 2023         18 Oktober 2023
                                                (Tahun semasa)


                                                                                                           15
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21