Page 14 - APP KKR 2023
P. 14

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              Kewangan  akan  mendapatkan  ulasan  daripada  Bahagian  Akaun  sebelum
                              memperakukan permohonan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

                       5.3.4  Bahagian Kewangan akan mengemukakan kelulusan penutupan kepada Bahagian
                              Akaun untuk tindakan pembatalan kod PTJ dalam sistem oleh Jabatan Akauntan
                              Negara Malaysia.

                       5.3.5  Bahagian  Kewangan  akan  memaklumkan  perihal  pembatalan  kod kepada PTJ
                              setelah menerima maklumat daripada Bahagian Akaun


        6      PELAKSANAAN SISTEM BELANJAWAN BERASASKAN OUTCOME - OUTCOME BASED
               BUDGETING (OBB)

               6.1     PELAKSANAAN OBB KKR
                       6.1.1  OBB merupakan  proses berterusan di bawah  Outcome  Based Approach  (OBA)
                              yang bertujuan untuk menghasilkan keberhasilan di peringkat Kementerian yang
                              akan  menyumbang  kepada  Kerangka  Keberhasilan  Nasional  (NRF).  Perjanjian
                              Prestasi dibangunkan untuk digunakan sebagai alat pengurusan kepada Pegawai
                              Pengawal, Pengurus Program dan Ketua Aktiviti.

                       6.1.2  Perjanjian  Prestasi  OBB  yang  dibangunkan  merupakan  Ringkasan  Eksekutif
                              Kementerian  (Ministry  Executive  Summary —  MES),  Kerangka  Pengurusan
                              Prestasi  Program  (Programme  Performance  Management  Framework  —
                              PPMF)  dan  Kerangka  Pengurusan  Prestasi  Aktiviti  (Activity  Performance
                              Management Framework - APMF).

                       6.1.3  Bagi memastikan pengurusan kewangan KKR berjalan lancar, pelaksanaan OBB
                              disokong oleh tiga (3) jawatankuasa yang berperanan melaksana dan memantau
                              prestasi OBB di peringkat Kementerian, Program dan Aktiviti seperti berikut:
                              i.   Jawatankuasa Pelaksanaan OBB Kementerian (Ministry OBB Implementation
                                 Committee — MOIC), dipengerusikan oleh Pegawai Pengawal;
                              ii.  Jawatankuasa  Pengurusan  Prestasi  Program  (Programme  Performance
                                 Management Committee — PPMC), dipengerusikan oleh Pengurus Program;
                                 dan
                              iii.  Jawatankuasa Pengurusan Prestasi Aktiviti (Activity Performance
                                       Management Committee - APMC), dipengerusikan oleh Ketua Aktiviti.

               6.2     JAWATANKUASA  PELAKSANAAN  OBB  KEMENTERIAN  (MINISTRY  OBB
                       IMPLEMENTATION COMMITTEE – MOIC)

                       6.2.1  Peranan dan tanggungjawab MOIC adalah seperti  berikut:
                              i.  MOIC ditugaskan untuk melaksanakan proses strategik OBB;
                              ii.  MOIC  akan  merancang,  membentuk  dan  memperbaiki  Program  dan  Aktiviti
                                 untuk memastikan jajaran dan sumbangan kepada NRF;


                                                                                                           13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19