Page 24 - APP KKR 2023
P. 24

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               11.10  Pegawai  yang  diluluskan  pembiayaan  komputer  dan  telefon  pintar  (smartphone)
                       hendaklah memastikan resit dan invois asal pembelian komputer dan telefon pintar
                       (smartphone) dikemukakan kepada pihak pelulus (Bahagian Kewangan, KKR) dalam
                       tempoh  tiga  puluh  (30)  hari  selepas  EFT  bagi  amaun  pembiayaan  yang  diterima.
                       Sekiranya pegawai gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh
                       tiga puluh (30) hari bekerja selepas surat peringatan dikeluarkan, maka pembiayaan
                       tersebut dianggap terbatal (perenggan 8.2, Pekeliling Perbendaharaan WP 9.1) dan
                       peminjam dikehendaki untuk membayar semula sekaligus jumlah pinjaman yang
                       telah diluluskan dan disenarai hitamkan selama lima (5)  tahun.

               11.11  Baki  bayaran  balik  pembiayaan  hendaklah  diselesaikan  sepenuhnya  sebelum
                       pegawai  meninggalkan  perkhidmatan/  bersara.  Tempoh  maksimum  pembiayaan
                       hendaklah tidak melebihi tempoh perkhidmatan pegawai.

               11.12  Sebuah buku daftar pinjaman/ pembiayaan kenderaan dan pembiayaan komputer dan
                       telefon  pintar  (smartphone)  mengenai  semua  pembiayaan  yang  telah  diluluskan
                       hendaklah diselenggara oleh Ketua Jabatan.

               11.13  Ketua Jabatan hendaklah mengemaskini maklumat pinjaman/ pembiayaan kenderaan
                       dan pembiayaan komputer dan telefon pintar (smartphone) yang lengkap/ diluluskan
                       dalam Sistem Pinjaman Kenderaan dan Komputer.

               11.14  Ketua Jabatan hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya berlaku penyelewengan
                       atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan dalam pekeliling kepada Perbendaharaan
                       melalui Bahagian Kewangan, KKR.

               11.15  Tindakan  surcaj  dan  tatatertib  akan  diambil  terhadap  peminjam  dan  pegawai  yang
                       bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya terdapat syarat-syarat
                       dan peraturan-peraturan di dalam Pekeliling yang ditetapkan tidak dipatuhi.


        12     PELANTIKAN PENCERAMAH BUKAN PENJAWAT AWAM/ TRAINING PROVIDER

               12.1  Selaras  dengan  perenggan  16,  Pekeliling  Perbendaharaan  PK  2.1,  Ketua  Jabatan
                       hendaklah mengutamakan kepakaran sedia ada dalam kalangan anggota perkhidmatan
                       awam/ agensi Kerajaan dan institusi yang diiktiraf oleh  Kerajaan mempunyai kepakaran
                       khusus  untuk memberi  syarahan/  ceramah  atau  mengendalikan  kursus/  latihan  yang
                       diperlukan.
               12.2  Sekiranya  terdapat  keperluan  untuk  melantik  penceramah  bukan  penjawat  awam,
                       permohonan perlu merujuk Surat Pekeliling Dalaman Kewangan Bil. 1 Tahun 2022:
                       Garis  Panduan  Penetapan  Kadar  Dan  Perolehan  Perkhidmatan  Kepakaran  Daripada
                       Kalangan Bukan Pegawai Awam Dalam Program Rasmi Kerajaan Bagi Kementerian Kerja
                       Raya Dan Jabatan Kerja Raya bertarikh 10 Januari 2022.

               12.3  Pelawaan  untuk  mendapatkan  perkhidmatan  penceramah  atau  pengendalian  kursus/
                       latihan  hendaklah  dinyatakan  dengan  jelas  mengenai  skop  perkhidmatan,  bidang


                                                                                                           23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29