Page 25 - APP KKR 2023
P. 25
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
kepakaran/ kelayakan/ pengalaman penceramah, jumlah masa syarahan, bilangan
peserta dan sebagainya supaya harga yang ditawarkan dapat diperincikan untuk
penilaian.
13 KEMUDAHAN PENDAHULUAN DIRI SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI
13.1 Ketua PTJ hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling
Perbendaharaan WP 3.2: Peraturan dan Prosedur Pengurusan Pendahuluan Diri Bagi
Bayaran Elaun Sewa Hotel dan Elaun Makan dan bertanggungjawab memastikan semua
pendahuluan diri dikutip semula selaras dengan pekeliling tersebut.
13.2 Bagi tujuan mengoptimakan perbelanjaan, Ketua PTJ hendaklah memastikan
pendahuluan diri ini diambil atas keperluan mendesak. Permohonan pendahuluan diri ini
hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan selewat-lewat empat belas (14) hari
bekerja sebelum tarikh bertugas rasmi.
13.3 Sekiranya pemohon telah pernah mengambil pendahuluan diri sebelum permohonan
semasa, permohonan baru hanya akan diproses apabila pendahuluan terdahulu telah
diselesaikan sepenuhnya.
13.4 Ketua PTJ hendaklah memantau kes pegawai yang gagal membuat tuntutan rasmi untuk
membayar balik pendahuluan diri yang telah diterima. Sekiranya tuntutan tidak dibuat
dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tuntutan perlu dibuat, penerima pendahuluan
diri akan dikenakan bayaran penalti sepuluh peratus (10%) setahun. Penalti dikira mulai
hari pertama selepas satu (1) bulan tarikh tuntutan perlu dibuat. Tindakan serta merta
untuk menyelesaikan pendahuluan ini dengan membuat potongan gaji secara sekali gus
sehingga selesai beserta denda sekiranya pegawai masih gagal mengemukakan tuntutan
rasmi dua (2) bulan selepas tarikh tuntutan sepatutnya dibuat.
14 PERMOHONAN KELULUSAN PEMBELIAN KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH
ALIH DAN CAJ BULANAN
14.1 Peraturan dan prosedur permohonan kelulusan pembelian kemudahan alat
komunikasi mudah alih dan caj bulanan bagi kegunaan rasmi di KKR/JKR adalah
selaras dengan WP2.2 Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah
Alih.
14.2 Kelulusan pembelian kemudahan alat komunikasi mudah alih dan tuntutan balik bayaran
caj bulanan adalah bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 53/54 dan
ke atas serta pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 – 52 yang
menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian/ Seksyen/ Unit di Ibu Pejabat yang
sentiasa memerlukan panggilan rasmi dibuat dengan serta-merta secara berterusan dan
merupakan bentuk komunikasi yang paling berkesan bagi melaksanakan tugas dengan
cekap.
24