Page 32 - APP KKR 2023
P. 32
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
bekalan atau kerja telah diterima atau dilaksanakan dengan sempurna berbanding
dengan amaun yang dituntut.
19.2.3 Borang permohonan pendahuluan Kew. 106 yang lengkap diisi dan ditandatangani
oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan (dalam 5 salinan) dan memenuhi
keperluan berikut:
i. Sekiranya pegawai bertanggungjawab dapat dikenal pasti dengan serta merta,
maka pendahuluan diri hendaklah dipohon atas nama pegawai berkenaan
seperti contoh di Lampiran A dan Lampiran A1 Pekeliling Perbendaharan WP
10.2. Kementerian/ Jabatan tidak dibenarkan menamakan pegawai yang tidak
berkaitan;
ii. Sekiranya pegawai bertanggungjawab tidak dapat dikenal pasti dengan serta-
merta atau pegawai telah meninggalkan perkhidmatan, maka pendahuluan diri
hendaklah dibuat atas nama jawatan Pegawai Pengawal dan ditandatangani
oleh Pegawai Pengawal juga seperti contoh di Lampiran B Pekeliling
Perbendaharan WP 10.2. dengan berpandukan kepada maklumat di Lampiran
C Pekeliling Perbendaharan WP 10.2;
iii. Borang Kew. 106 tidak boleh ditandatangani oleh pegawai yang dinamakan
sebagai pegawai bertanggungjawab tetapi hendaklah ditandatangani oleh
Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan kecuali bagi kes seperti mana di para 19.2.3.
ii. di atas; dan
iv. Pegawai yang dinamakan di dalam borang Kew.106 hendaklah dimaklumkan
terlebih dahulu sebelum permohonan dikemukakan kepada Perbendaharaan.
19.2.4 Surat dan borang permohonan pendahuluan Kew.106 yang telah lengkap
hendaklah dikemukakan bersama salinan kontrak/ Pesanan Kerajaan/ dokumen
berkaitan pesanan yang dibuat beserta salinan bil/ invois/ nota penghantaran
daripada pembekal atau kontraktor yang telah diakui sah oleh Kementerian/
Jabatan bahawa bekalan, perkhidmatan atau kerja telah diterima atau
dilaksanakan dengan sempurnanya dan tuntutan kadar harga serta amaun adalah
munasabah.
19.3 Pembayaran kepada Kontraktor/ Pembekal
19.3.1 PTJ hendaklah mengemukakan salinan asal dokumen kelulusan permohonan
pendahuluan diri AP59 dari Perbendaharaan beserta dokumen sokongan kepada
Bahagian Akaun dengan kadar segera.
19.3.2 Pembayaran akan dibuat kepada kontraktor/ pembekal dalam tempoh tidak lewat
dari empat belas (14) hari daripada tarikh surat kelulusan Pendahuluan Diri dan
dokumen lengkap diterima.
19.3.3 Bahagian Akaun akan mengemukakan surat pemakluman kepada PTJ berkenaan
beserta salinan Arahan Pembayaran.
31