Page 35 - APP KKR 2023
P. 35

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               20.7  Permohonan  untuk  bayaran  secara  ansuran  yang  telah  diluluskan  akan  diproses  oleh
                       Bahagian  Akaun  dengan  mewujudkan  Akaun  Pendahuluan  Diri  atas  nama pegawai  di
                       dalam sistem iGFMAS.

               20.8  Bahagian Akaun akan membuat pelarasan penyelesaian emolumen berdasarkan dua (2)
                       situasi berikut:
                       i.  Sekiranya lebihan bayaran melibatkan vot semasa, Bahagian Akaun akan membuat
                          pelarasan  dengan  mendebitkan  Akaun  Pendahuluan  Diri  dan  mengkreditkan  vot/
                          Akaun Penyelesaian L1312947 (sekiranya berlainan Pejabat Perakaunan).
                       ii.  Sekiranya  lebihan  bayaran  melibatkan  vot  tahun-tahun  lalu,  Bahagian  Akaun  akan
                          membuat pelarasan dengan mendebitkan Akaun Pendahuluan Diri dan mengkreditkan
                          Akaun Hasil.

               20.9  Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai berada di bawah Pejabat Perakaunan selain
                       Kementerian Kerja Raya, pelarasan penyelesaian emolumen akan dikreditkan kod Akaun
                       Penyelesaian L1312947 dan PTJ perlu menyediakan Baucar Jurnal untuk mengosongkan
                       L1312947 dengan mendebitkan kod akaun tersebut serta mengkreditkan vot/ hasil.

               20.10  Bayaran balik pendahuluan emolumen terlebih bayar ini akan dibuat melalui potongan gaji
                       sehingga  selesai  dan  akan  dikemaskini  secara  automatik  di  dalam  sistem  emolumen
                       berkomputer.

               20.11  PTJ bertanggungjawab untuk memastikan potongan gaji dimulakan pada dua (2) bulan
                       berikutnya  berdasarkan  surat  makluman  daripada  Bahagian  Akaun  dan  berterusan
                       sehingga baki pendahuluan diselesaikan.

               20.12  PTJ  bertanggungjawab  menyemak  dan  memastikan  bayaran  balik  Pendahuluan  Diri
                       melalui  potongan  gaji  berjaya  dilaksanakan.  Sekiranya  tidak  berjaya,  PTJ
                       bertanggungjawab  mengutip  bayaran  ansuran  tertunggak  daripada  pegawai  sebelum
                       potongan gaji bulan berikutnya.

               20.13  Sekiranya pegawai membayar secara tunai setelah Pendahuluan Diri dibuat, pembayaran
                       tersebut hendaklah diproses mengikut tatacara terimaan yang berkuatkuasa.

               20.14  Kesemua pendahuluan hendaklah diselesaikan sebelum penjawat awam bersara/ letak
                       jawatan.  Bagi  kes  meninggal  dunia/  bersara,  sekiranya  pegawai  masih  mempunyai
                       pendahuluan  yang  berbaki,  ianya  hendaklah  diselesaikan  dengan  potongan  daripada
                       ganjaran/ pencen pegawai.

               20.15  Sekiranya  pegawai  bertukar  Kementerian/  Jabatan,  potongan  gaji  akan  diteruskan  di
                       Kementerian/ Jabatan baharu. Semakan dan pemantauan perlu dibuat oleh Kementerian/
                       Jabatan baharu sehingga baki pendahuluan diselesaikan.

               20.16  PTJ adalah bertanggungjawab untuk menyediakan Daftar Lebihan Bayaran Emolumen.
                       Rujuk  Lampiran  E:  Garis  Panduan  Tatacara  Pengurusan  Bayaran  Pendahuluan  Surat
                       Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 7 Tahun 2018.


                                                                                                           34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40