Page 40 - APP KKR 2023
P. 40

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              ditetapkan di dalam ikatan kontrak. Setiap kontrak hendaklah menjaga kepentingan
                              dan  dasar-dasar  Kerajaan.  Tindakan  sewajarnya  hendaklah  diambil  jika  pihak
                              perunding    dan  kontraktor  gagal  memenuhi  obligasi  di  bawah  kontrak.  Antara
                              perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
                              i.  Bon Pelaksanaan;
                              ii.  Jadual Pelaksanaan Kerja;
                              iii.  Tempoh Tanggungan Kecacatan;
                              iv.  Bayaran Pendahuluan;
                              v.  Bayaran Kemajuan;
                              vi.  Arahan Perubahan Kerja;
                              vii. Perlanjutan/ Perubahan Kontrak;
                              viii. Ganti Rugi Kelewatan;
                              ix.  Denda; dan
                              x.  Penamatan Kontrak.

               4.2     PELAKSANAAN  ROGRAM  PROFESSIONAL  TRAINING  AND  EDUCATION  FOR
                       GROWING ENTREPRENEURS (PROTÉGÉ) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

                       4.2.1  Kerajaan  telah  memutuskan  program  PROTÉGÉ  (yang  dahulu  dikenali sebagai
                              Skim  Latihan  1Malaysia,  SL1M)  dijadikan  sebagai  salah  satu  syarat  untuk
                              ditawarkan kontrak perolehan Kerajaan termasuk pelanjutan kontrak. PROTÉGÉ
                              telah  dilancarkan  pada  28  Januari  2019  merupakan  satu  program  latihan
                              keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia
                              dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan
                              (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja
                              (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

                       4.2.2  Syarikat/  kontraktor/  perunding  yang  memperoleh  kontrak  perolehan  Kerajaan
                              (bekalan,  perkhidmatan  dan kerja)  daripada  agensi  Kerajaan  termasuk  Badan
                              Berkanun  Persekutuan,  Syarikat  Menteri  Kewangan  Diperbadankan  (MKD)  dan
                              Syarikat  Berkaitan  Kerajaan  (GLC)  diwajibkan  untuk  melaksanakan  program
                              PROTÉGÉ  dengan  penetapan  nilai  ambang  (threshold  value)  berdasarkan
                              sektor  yang   telah dikenal pasti selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PK
                              1.2: Pelaksanaan Program Professional Training And Education For Growing
                              Entrepreneurs  (PROTÉGÉ)  Dalam  Perolehan  Kerajaan.  Syarikat  hendaklah
                              memperuntukkan  sekurang-kurangnya  1%  daripada  nilai  kontrak  bagi
                              melaksanakan program PROTÉGÉ. Syarikat yang mendapat kontrak Kerajaan di
                              bawah nilai ambang digalakkan untuk melaksanakan program PROTÉGÉ, namun
                              tidak tertakluk kepada penetapan 1% daripada nilai kontrak keseluruhan.

               4.3     PEMANTAUAN DAN KAWALAN KEMAJUAN KERJA

                       4.3.1  Ketua Jabatan hendaklah memantau kerja bagi memastikan mutu kerja mengikut
                              kontrak dan mengeluarkan arahan berkaitan pelaksanaan kerja.


                                                                                                           39
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45