Page 43 - APP KKR 2023
P. 43

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               5.4     Ketua  Jabatan  diingatkan  supaya  tidak  membuat  pembayaran  kepada  kontraktor
                       sekiranya kerja tidak dilaksanakan dengan sempurna sepertimana yang ditetapkan dalam
                       kontrak. Tindakan tatatertib, surcaj atau undang-undang yang berkaitan akan  dikenakan
                       kepada pegawai Kerajaan yang melanggar peraturan dalam melaksanakan  pembayaran.


        6      PEMANTAUAN PROJEK DAN PRESTASI BELANJA PTJ

               6.1     Ketua  Jabatan  hendaklah  memastikan  perbelanjaan  yang  dibuat  mematuhi  peraturan-
                       peraturan perolehan yang berkuat kuasa dan dilarang sama sekali memecah kecil projek.
                       Pelaksanaan  sesuatu  projek  hendaklah  selaras  dengan  jumlah  peruntukan  yang  telah
                       diluluskan.

               6.2     Jabatan  yang  menerima  Peruntukan  Pembangunan  wajib  mengemukakan  Laporan
                       Prestasi  Perbelanjaan  Pembanqunan  setiap  bulan  sebanyak  dua  (2)  kali  baqi
                       pelaporan  untuk  tempoh  sehinqqa  15hb  dan  sehinqqa  30hb  kepada  Bahaqian
                       Pembanqunan dan Penswastaan agar pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih
                       rapi. Laporan yang dikemukakan hendaklah disertai dengan cetakan laporan iGFMAS/
                       SKALA  yang  dengan  jelas  menunjukkan  perbelanjaan  dan  tanggungan  yang  dikunci
                       masuk ke dalam sistem.

               6.3     Di  peringkat  negeri  dan  daerah,  Pengarah  JKR  Negeri/  Daerah  bertanggunqjawab
                       memantau projek yang dilaksanakan di tempat masing-masing.

               6.4     Laporan Kemajuan Pelaksanaan Projek di peringkat daerah hendaklah disediakan oleh
                       Pengarah  JKR  Daerah  dan  dikemukakan  kepada  Pengarah  JKR  Negeri  untuk
                       penyelarasan  dan  seterusnya  dikemukakan  kepada  Bahagian  Pembangunan  dan
                       Penswastaan pada minggu ketiga setiap bulan.

               6.5     Bagi memastikan prestasi fizikal dan kewangan projek-projek pembangunan dilaksanakan
                       mengikut jadual yang telah dirancang, Ketua Jabatan dikehendaki melaporkan prestasi
                       fizikal  dan  kewangan  Bahagian/  Jabatan  masing-masing  dalam  mesyuarat-mesyuarat
                       berjadual berikut:
                       i.  Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) yang akan diadakan pada
                          setiap bulan; dan
                       ii.  Mesyuarat  Pemantauan  Prestasi  Perbelanjaan  Peruntukan  Pembangunan  (P.27)
                          KKR yang diadakan sekurang- kurangnya sekali setahun.


        7       PELARASAN SEMULA PERUNTUKAN

               7.1     PERMOHONAN PINDAH/ TAMBAH/ TARIK BALIK PERUNTUKAN

                       7.1.1  Permohonan tambah/ tarik balik peruntukan (jika ada) hendaklah dilaporkan dalam
                              Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan P.27 KKR.


                                                                                                           42
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48