Page 42 - APP KKR 2023
P. 42

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       4.6.4  Penyata  Akaun  Muktamad  hendaklah  mengambil  kira  apa  jua  potongan  yang
                              dibenarkan menurut peruntukan kontrak termasuk jumlah Ganti Rugi Tertentu dan
                              Ditetapkan/  Liquidated  Ascertain  of  Damages  (LAD)  yang  telah  dikenakan
                              (sekiranya berkaitan)  dan potongan bagi jumlah bayaran pendahuluan yang telah
                              dibayar kepada kontraktor dan subkontraktor dinamakan (sekiranya berkaitan).

                       4.6.5  Perakuan  Muktamad  (Borang  JKR  66A)  hendaklah  dikeluarkan  berdasarkan
                              Penyata  Akaun  Muktamad  yang  menyatakan  baki  bayaran  daripada  Kerajaan
                              kepada kontraktor atau daripada kontraktor kepada Kerajaan.


               4.7     PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG

                       4.7.1  Ketua Jabatan hendaklah memastikan pihak perunding dan kontraktor mematuhi
                              semua  undang-undang  atau  undang-undang  kecil  atau  apa-apa  arahan  yang
                              dikeluarkan  oleh  Pihak  Berkuasa  Tempatan  (PBT)  atau  syarikat  perkhidmatan
                              awam.

                       4.7.2  Pihak perunding dan kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Ketua Jabatan
                              segala kelulusan yang diterima oleh pihaknya.

               4.8     PEMATUHAN KEPADA PERATURAN KEWANGAN

                       4.8.1  Ketua Jabatan hendaklah mematuhi semua peraturan kewangan yang ditetapkan
                              oleh Kementerian Kewangan  termasuk:
                              i.  Arahan Perbendaharaan (AP);
                              ii.  Surat Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya (SAKPKR); dan
                              iii.  Pekeliling Perbendaharaan.

        5      KAWALAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

               5.1     Ketua Jabatan hendaklah memastikan setiap perbelanjaan dibuat dengan berhemat serta
                       value-for-money. Pelaksanaan sesuatu program/ projek hendaklah selaras dengan jumlah
                       peruntukan  yang  telah  diluluskan.  Sebarang  penyaluran  peruntukan  atau  pembayaran
                       hendaklah  berdasarkan  kemajuan  projek  bagi  memastikan  peruntukan  yang  telah
                       diberikan dapat dibelanjakan sepenuhnya.

               5.2     Ketua Jabatan diminta untuk mengambil langkah-langkah meningkatkan keberkesanan
                       perbelanjaan  awam  dan  mengutamakan  keberhasilan  (outcome)  dalam  melaksanakan
                       sesuatu program/ projek.

               5.3     Ketua  Jabatan  hendaklah  melaksanakan  program/  projek  mengikut  keutamaan,
                       mengelakkan pertindihan program/ projek, menghentikan program/ projek yang didapati
                       tidak berkesan serta melaksanakan pengagihan semula sumber-sumber sedia ada seperti
                       peruntukan, perjawatan dan aset.


                                                                                                           41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47