Page 44 - APP KKR 2023
P. 44

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       7.1.2  Semua  permohonan  tambah/  tarik  balik  peruntukan  hendaklah  dikemukakan
                              bersekali  dengan  Unjuran  Aliran  Tunai  dikemaskini  dan  justifikasi  lengkap
                              berhubung  permohonan  yang  dibuat.  Tarikh  akhir  pengagihan  peruntukan
                              pembangunan  kepada  PTJ  adalah  sebelum  30  September  2023  (tertakluk
                              kepada pindaan), kecuali terdapat keperluan mendesak.

                       7.1.3  Permohonan  tarik  balik  peruntukan  hendaklah  dikemukakan  selewat-lewatnya
                              pada  30  September  2023  (tertakluk  kepada  pindaan),  bagi  membolehkan
                              peruntukan  tersebut  diagih  semula  kepada  Bahagian/  Cawangan  yang
                              memerlukan.  Ketua  Jabatan  yang  gagal  untuk melaksanakan  permohonan  tarik
                              balik  sebelum  tarikh  yang  dinyatakan  di  atas,  bertanggungjawab  memberikan
                              justifikasi kegagalan untuk berbelanja.

                       7.1.4  Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan yang akan ditarik
                              balik tidak mempunyai komitmen dan mencukupi bagi membolehkan waran tarik
                              balik dilaksanakan.

                       7.1.5  BPP  berhak  mengambil  tindakan  untuk  menarik  balik  peruntukan  sekiranya
                              prestasi  perbelanjaan  tidak  memuaskan  atau  terdapat  keperluan  lain  yang
                              mendesak.

                       7.1.6  Pegawai Pengawal boleh meluluskan pindah peruntukan daripada suatu butiran
                              (projek) ke butiran (projek) lain di bawah Maksud Pembangunan yang sama bagi
                              tahun yang berkenaan tidak lebih daripada 50% peruntukan tahunan yang asal.

                       7.1.7  Pegawai  Pengawal  boleh  meluluskan  seberapa  banyak  bilangan  pindah
                              peruntukan  yang  diperlukan  tetapi  jumlah  keseluruhan  peruntukan  yang
                              dipindahkan bagi tahun berkenaan hendaklah tidak melebihi had yang ditetapkan
                              dalam perenggan 7.1.6 di atas. Bagi pindah peruntukan yang melebihi had yang
                              ditetapkan  ini,  permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada  Perbendaharaan
                              untuk mendapatkan kelulusan.

                       7.1.8  Sekiranya  peruntukan  sesuatu  butiran  adalah  tidak  mencukupi,  maka  pindah
                              peruntukan hendaklah melalui proses berikut:

                              7.1.8.1    Mengenalpasti lebihan peruntukan yang hendak dipindahkan daripada
                                         projek/ butiran lain.
                              7.1.8.2    Mengemukakan borang pindah peruntukan yang telah diperakukan
                                            untuk kelulusan KSU (Pegawai Pengawal).













                                                                                                           43
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49