Page 47 - APP KKR 2023
P. 47

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       bergantung kepada jenis kategori aset tersebut) dan masih perlu direkodkan dalam Sistem
                       Pengurusan Aset (SPA) untuk tujuan rekod dan kawalan.

               2.3     Nilai aset akan dinyatakan di dalam Penyata Kewangan Kementerian di mana ia akan
                       mengambarkan nilai sebenar kedudukan kewangan bagi setiap kementerian. Oleh yang
                       demikian, semua data aset (sama ada aset ketara dan aset tak ketara) perlu dilaporkan di
                       dalam Penyata Kewangan KKR.

               2.4     Data baki awal aset KKR telah dimuatnaik dalam sistem iGFMAS mulai pertengahan tahun
                       2019, ia telah dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan KKR mulai tahun 2019.

               2.5     Bagi data aset alih yang telah diekstrak sebelum ini melalui SPA pada 31 Disember 2017
                       yang mana telah dilupuskan dalam tempoh perakaunan tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan
                       2022, tindakan pelupusan dalam sistem iGFMAS di modul Perakaunan Aset perlu di kunci
                       masuk  segera  oleh  PTJ  dengan  kelulusan  Ketua  Akauntan,  Bahagian  Akaun  atau  Jabatan
                       Akauntan Negara Malaysia bagi memastikan data aset alih yang telah dilupuskan semasa
                       tempoh terbabit tidak lagi dipersembahkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan  KKR.

               2.6     Bagi  transaksi  pelupusan,  PTJ  perlu  mendapatkan  kelulusan  dari  Ketua  Akauntan
                       Bahagian Akaun untuk aset-aset yang telah dilupuskan secara fizikal setelah data aset
                       dimigrasi ke dalam sistem iGFMAS. Manakala jika pelupusan secara fizikal telah dibuat
                       sebelum aset tersebut dimigrasi, kelulusan khas perlu diperolehi dari Jabatan Akauntan
                       Negara Malaysia sebelum tindakan oleh PTJ seterusnya.

                       Contoh 1 :
                       Aset Migrasi : 2018
                       Pelupusan Fizikal : 2019
                       Peringkat Kelulusan : Ketua Akauntan, Bahagian Akaun

                       Contoh 2 :
                       Aset Migrasi : 2019
                       Pelupusan Fizikal : 2017
                       Peringkat Kelulusan : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

               2.7     Jika PTJ ada membuat pindahan antara PTJ bagi aset alih yang telah diekstrak melalui
                       SPA pada 31 Disember 2017, data aset alih yang telah dipindahkan perlu dibuat pindahan
                       melalui tindakan pindahan dalam sistem iGFMAS di modul Perakaunan Aset oleh PTJ
                       dengan segera.

               2.8     Jika tarikh pindahan aset yang telah dilaksanakan melalui SPA ialah sebelum 1 Januari
                       2023 maka tarikh yang perlu dikunci masuk  untuk pindahan dalam iGFMAS hendaklah
                       ditetapkan pada 01.01.2023. Sekiranya pindahan melalui SPA dilakukan oleh PTJ dalam
                       tahun  2023,  maka  tarikh  pindahan  yang  dikunci  masuk  ialah  tarikh  sebenar  semasa
                       pindahan tersebut berlaku.




                                                                                                           46
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52