Page 49 - APP KKR 2023
P. 49

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       direkod dan diakaunkan dengan betul. Ini bertujuan bagi memastikan laporan perakaunan
                       KKR adalah tepat dan seterusnya menggambarkan kedudukan sebenar di dalam Penyata
                       Kewangan Kementerian Kerja Raya.


        4      PEMBAYARAN BIL DAN PENYELENGGARAAN DAFTAR BIL

               4.1     Arahan Perbendaharaan - AP103(a) telah menetapkan bahawa semua bil dan tuntutan
                       perlu dijelaskan  pembayarannya  dalam  tempoh  empat  belas  (14)  hari  dari  tarikh  ia
                       diterima  denqan  lengkap  dan  sempurna.  Prestasi  pembayaran  bil  dan  tuntutan
                       merupakan  Key  Performance  Indicator  (KPI)  bagi  sesebuah  kementerian.  Oleh  itu
                       Ketua Jabatan hendaklah memastikan pembayaran bil dan tuntutan ini dilakukan dalam
                       tempoh yang telah ditetapkan.

               4.2     Mulai tahun 2018, KKR telah mengeluarkan surat berhubung pelaksanaan sasaran 100%
                       pembayaran  bil  dan tuntutan dalam  tempoh  tujuh  (7)  hari  dari  tarikh  bil  dan  tuntutan
                       diterima  dengan  lengkap  dan  sempurna  melalui  surat  arahan  yang  telah  dikeluarkan
                       bertarikh 9 Januari 2018.

               4.3     Bagi tujuan ini, Daftar Bil hendaklah diselenggara dengan teratur dan Laporan Prestasi
                       Pembayaran Bil dan Tuntutan mesti dihantar kepada Bahagian Kewangan dalam tempoh
                       pelaporan  yang  telah  ditetapkan  pada  setiap  akhir  bulan  untuk  tujuan  pelaporan
                       kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

               4.4     Ketua  Jabatan  perlu  memberi  perhatian  serius  dan  memantau  pembayaran bil  supaya
                       tidak berlaku kelewatan bayaran. Kegagalan mematuhi arahan AP103 (a), Ketua Jabatan
                       atau peqawai yanq berkaitan boleh dikenakan tindakan surcaj di bawah Seksyen 18 (e)
                       Akta Tatacara Kewangan 1957 atau tindakan tatatertib.


        5      PEMBAYARAN DI BAWAH  ARAHAN PERBENDAHARAAN - AP58(a) SERTA LANGKAH-
               LANGKAH MENGURANGKAN AP58(a)

               5.1     Walaupun langkah-langkah kawalan telah dibuat namun pembayaran di bawah AP58(a)
                       masih tinggi. Keadaan ini sangat merugikan KKR kerana ia merupakan perbelanjaan bagi
                       tahun  sebelumnya  yang  dibayar  menggunakan  peruntukan  tahun  semasa.  Ini  akan
                       menjejaskan pelaksanaan aktiviti semasa yang telah dirancang oleh Jabatan/ Bahagian.

               5.2     Sehubungan  itu,  pembayaran  di  bawah  AP58(a)  hendaklah  dielakkan.  Tindakan  yang
                       boleh diambil untuk mengurangkan pembayaran di bawah AP58(a) adalah seperti berikut:
                       i.  Tidak membuat komitmen baharu selepas 31 Oktober 2023;
                       ii.  Memastikan pembayaran dilaksanakan selewat-lewatnya pada 30 November 2023
                          dan tidak lewat daripada tarikh yang ditetapkan dalam Pekeliling Penutupan Akhir
                          Tahun yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia; dan





                                                                                                           48
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54