Page 46 - APP KKR 2023
P. 46
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
1 PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN
1.1 Pelaksanaan perakaunan akruan adalah sejajar dengan Dasar Transformasi Sektor
Awam dalam Model Ekonomi Baru bertujuan memantapkan pengurusan fiskal berhemat
serta mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan
Persekutuan. Pelaksanaan perakaunan Kerajaan Persekutuan berasaskan akruan
sedang melalui proses peralihan selama tiga (3) tahun. Bagi memastikan pelaksanaan
perakaunan akruan berjalan lancar, sistem baharu iaitu iGFMAS telah mula digunakan
pada 1 Januari 2018 bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu eSPKB, eTerimaan dan
GFMAS.
1.2 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 11 Tahun 2017
menetapkan polisi peralihan pelaksanaan perakaunan akruan bagi Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri bagi penggunaan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia
(MPSAS) dalam tempoh peralihan pelaksanaan perakaunan akruan kerajaan dengan
penetapan seperti berikut:
i. Tempoh masa peralihan selama tiga (3) tahun bagi pemakaian kali pertama Piawaian
Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS);
ii. Polisi peralihan bagi mengakaunkan baki awal aset, liabiliti dan ekuiti Kerajaan dalam
tempoh masa peralihan; dan
iii. Polisi peralihan bagi pengiktirafan, pengukuran dan pendedahan bagi aset, liabiliti dan
ekuiti serta pengiktirafan hasil Kerajaan dalam tempoh masa peralihan.
1.3 Tempoh masa peralihan adalah selama tiga (3) tahun iaitu bermula pada Tahun Pertama
dan berakhir pada Tahun Ketiga setelah Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)
berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan dikuatkuasakan.
1.4 Semua Kementerian/ Jabatan Persekutuan dan Negeri hendaklah memastikan
pematuhan kepada Polisi Peralihan Perakaunan Akruan Kerajaan dalam tempoh masa
peralihan.
2 PERAKAUNAN ASET
2.1 Berdasarkan penerangan MPSAS 1 yang mana melibatkan pelaksanaan Perakaunan
Akruan, aset didefinisikan sebagai sumber yang dikawal oleh entiti, hasil daripada
peristiwa lampau dan memberi manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi
perkhidmatannya dijangka mengalir ke dalam entiti.
2.2 Had Nilai perbelanjaan (threshold) bagi membolehkan aset tersebut dipermodalkan
adalah RM2,000 bagi setiap item dan menggunakan kod akaun A1435xxx (atau A1431xxx
atau selainnya bergantung kepada jenis kategori aset tersebut). Manakala Aset di bawah
RM2,000 setiap item dikategorikan sebagai Aset Bernilai Rendah hendaklah
dibelanjakan dan menggunakan kod akaun B0335xxx (atau B0331xxx atau selainnya
45