Page 41 - APP KKR 2023
P. 41

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       4.3.2  Mesyuarat tapak wajar diadakan setiap bulan bagi memantau dan mengawal kerja
                              serta menyelesaikan masalah di tapak bina.  Ketua Jabatan boleh meminta jadual
                              kerja yang baharu sekiranya kemajuan kerja sebenar tidak mengikut jadual kerja
                              asal.

               4.4     BAYARAN KEPADA KONTRAKTOR

                       4.4.1  Ketua Jabatan hendaklah menilai kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna
                              sekurang-kurangnya  sekali  sebulan.  Penilaian  perlu  dibuat  oleh  Ketua  Jabatan
                              meskipun tiada tuntutan bayaran dibuat oleh kontraktor.

                       4.4.2  Selaras dengan Arahan Perbendaharaan - AP103(a) dan Para 10 di Lampiran 2.0
                              di bawah Pekeliling Perbendaharaan PK2.1: Kaedah Perolehan Kerajaan, Ketua
                              Jabatan hendaklah memastikan tuntutan yang sempurna dibayar dalam tempoh
                              tujuh (7) hari daripada tarikh dokumen bayaran yang lengkap  diterima.

               4.5     ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELANJUTAN MASA

                       4.5.1  Arahan Perubahan Kerja (APK) dan Pelanjutan Tempoh Siap Kerja (EOT) boleh
                              dibenarkan dengan kelulusan Pegawai Pengawal atau mana-mana pegawai yang
                              diwakilkan kuasa oleh Pegawai Pengawal.

                       4.5.2  Ketua Jabatan hendaklah memastikan kelulusan APK dan EOT ini dibuat selaras
                              dengan Pekeliling Perbendaharaan PK4.1: Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan
                              Kerajaan Secara  Am serta diterangkan dalam Arahan Perbendaharaan - AP202.

               4.6     PERAKUAN AKAUN MUKTAMAD

                       4.6.1  Selaras  dengan  Perenggan  5(iii)  di  bawah  Pekeliling  Perbendaharaan  PK4.1:
                              Pentadbiran  Kontrak  Dalam  Perolehan  Kerajaan  Secara  Am,  Ketua  Jabatan
                              hendaklah memastikan Penyata Akaun  Muktamad  (Statement of Final Account)
                              mula disedìakan dalam tempoh sembilan (9) bulan daripada tarikh Perakuan Siap
                              Kerja/ Certificate of Practical Completion (CPC) bagi kontrak konvensional dan
                              dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh CPC bagi kontrak Reka dan
                              Bina.

                       4.6.2  Penyata  Akaun  Muktamad  yang  telah  disediakan  hendaklah  dimuktamadkan
                              setelah  tamat  Tempoh  Tanggungan  Kecacatan  (DLP)  atau  Perakuan  Siap
                              Memperbaiki Kecacatan/ Completion of Making Goods Defecfs (CMGD)
                              dikeluarkan, yang mana terkemudian.

                       4.6.3  Penyata  Akaun  Muktamad  hendaklah  disokong  oleh  dokumen-  dokumen  yang
                              menunjukkan  penilaian  muktamad  terhadap  kerja  yang  telah  siap  menurut
                              peruntukan kontrak.





                                                                                                           40
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46