Page 39 - APP KKR 2023
P. 39

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

        2      AGIHAN WARAN PERUNTUKAN

               2.1     AGIHAN WARAN PERUNTUKAN

                       2.1.1  Bahagian Pembangunan dan Penswastaan (BPP) telah mengagihkan peruntukan
                              seawal-awalnya pada 3 Januari 2023 berdasarkan permohonan tertakluk kepada
                              peruntukan yang telah diluluskan.

                       2.1.2  Peruntukan  yang  diluluskan  ini  adalah  jumlah  peruntukan  sementara  untuk
                              jangkaan  tempoh  selama  6  bulan  dan  bukanlah  jumlah  peruntukan  muktamad
                              untuk tahun 2023.

                       2.1.3  Ketua  Jabatan  hendaklah  memastikan  waran  peruntukan  yang  diterima  direkod
                              dan selenggara dalam iGFMAS/ manual. Sekiranya waran perlu diagihkan, Waran
                              Peruntukan Kecil (WPK) hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari
                              tarikh waran diterima.

               2.2     AGIHAN  GERAN  PERUNTUKAN  KEPADA  BADAN  BERKANUN  PERSEKUTUAN
                       (AGENSI DI BAWAH KKR)

                       2.2.1  Bahagian Pembangunan dan Penswastaan akan menyalurkan geran peruntukan
                              kepada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) secara suku tahun atau empat (4) kali
                              setahun berdasarkan kepada surat Kementerian Kewangan bil. KK/BKP(S)10/718
                              JId.4 s.k 2/2009 bertarikh 22 Oktober 2013 (sekiranya ada).


        3      PELAKSANAAN PROJEK BAHARU

               3.1     Permohonan peruntukan bagi Projek Baharu oleh Ketua Jabatan hendaklah disertakan
                       dengan Unjuran Aliran Tunai projek dan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan
                       dan Penswastaan (BPP) sejurus selepas kelulusan Preliminary Detailed Abstract (PDA)
                       diperoleh. Agihan waran kepada Ketua Jabatan bagi Projek Baharu akan dibuat dalam
                       tempoh lima (5) hari selepas permohonan diterima.

               3.2     Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua waran peruntukan yang diterima dikunci
                       masuk ke dalam iGFMAS. Sekiranya waran ini perlu diagihkan ke JKR/ Agensi berkaitan,
                       Waran Peruntukan Kecil (WPK), hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja
                       daripada tarikh waran diterima.


        4      PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN

               4.1     PENTADBIRAN KONTRAK

                       4.1.1  Semua projek pembangunan hendaklah diuruskan dengan cekap, sempurna dan
                              teratur berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa dan syarat yang telah


                                                                                                           38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44