Page 34 - APP KKR 2023
P. 34

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              vi.  Tarikh penubuhan Jawatankuasa Siasatan
                              vii. Tarikh Laporan Siasatan dikemukakan kepada Perbendaharaan
                              viii. Tarikh Kelulusan Pelarasan
                              ix.  Tarikh dan nombor baucar pelarasan
                              x.  Status tindakan surcaj/ tatatertib

                       19.7.2 Buku daftar AP59 tersebut hendaklah diperiksa setiap bulan dan ditandatangani
                              oleh Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa.


        20     PENGURUSAN PENDAHULUAN DIRI LEBIHAN BAYARAN GAJI DAN ELAUN

               20.1  PTJ hendaklah memastikan tidak berlaku bayaran emolumen yang salah/ terlebih yang
                       berpunca  daripada  kecuaian.  Sekiranya  berlaku,  bayaran  balik  hendaklah  didapatkan
                       dengan serta merta daripada pegawai secara sekaligus melainkan mendapat kelulusan
                       Pegawai  Pengawal/  Ketua  Setiausaha  Perbendaharaan  untuk  memulangkan  bayaran
                       lebihan itu secara ansuran berdasarkan Arahan Pembayaran - AP327(b).

               20.2  PTJ  hendaklah  mengenalpasti  dengan  segera  pegawai  yang  telah  menerima  salah
                       bayaran  atau lebihan bayaran  emolumen dan memastikan pegawai tersebut membuat
                       bayaran balik sekaligus atau secara ansuran potongan gaji melalui Pendahuluan Diri.

               20.3  Jika  pegawai  gagal  membuat  bayaran  balik  emolumen  terlebih  bayar,  PTJ  berhak
                       membuat potongan gaji pegawai sekaligus secara automatic

               20.4  Pegawai boleh memohon untuk membuat bayaran balik secara ansuran tidak melebihi
                       enam puluh (60) bulan dengan kelulusan Pegawai Pengawal.

               20.5  Sekiranya permohonan bayaran balik secara ansuran melebihi enam puluh (60) bulan,
                       kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.

               20.6  PTJ  perlu  mengemukakan  permohonan  pendahuluan  diri  pegawai  ke  Bahagian
                       Kewangan dengan menyertakan dokumen berikut:
                       i.  Surat iringan daripada Ketua Jabatan
                       ii.  Borang Kew.106
                       iii.  Jadual Pengiraan Lebihan Emolumen
                       iv.  Cadangan Jadual Bayaran Balik
                       v.  Borang Bayaran Pendahuluan Diri/ Pelbagai - (Lampiran K)
                       vi.  Kronologi permohonan pendahuluan
                       vii. Surat permohonan pegawai
                       viii. Salinan Kew.8
                       ix.  Salinan penyata gaji
                       x.  Salinan Penyata Bank
                       xi.  Salinan Kad Pengenalan
                       xii. Lain-lain dokumen berkaitan




                                                                                                           33
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39