Page 31 - APP KKR 2023
P. 31
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
18.6 Ketua Jabatan/ Bahagian dalam mempertimbangkan permohonan perbelanjaan
kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/ disediakan oleh klinik/ hospital
Kerajaan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan teratur:
i. Mematuhi kelayakan permohonan yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab F Tahun
1974 dan MyPPSM Ceraian SR.2.1.1 Versi 1.0 (2022) Kemudahan Perubatan;
ii. Mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi setiap
permohonan pembiayaan perbelanjaan semasa mempertimbangkan permohonan
pegawai/ pesara/ keluarga mereka yang berkelayakan;
iii. Memastikan semua maklumat dalam borang permohonan dan dokumen sokongan
yang dikemukakan adalah lengkap dan tepat;
iv. Butir-butir perbelanjaan disokong dengan resit, invois, surat sebut harga atau
dokumen kewangan Iain yang berkaitan;
v. Pembayaran hendaklah diselesaikan dalam tahun semasa dan tidak ditangguhkan/
dikumpulkan sehingga melangkau tahun;
vi. Pembayaran di bawah Arahan Perbendaharaan - AP58(a) hendaklah dielakkan
kecuali bagi perbelanjaan bulan Disember yang mana bil/ invois diterima dan
diluluskan sebelum 31 Disember dan tetapi tidak sempat dibayar pada tahun semasa;
dan
vii. Peruntukan sedia ada Jabatan/ Bahagian adalah mencukupi bagi membiayai tuntutan
berkenaan.
19 PEMBAYARAN MELIBATKAN ARAHAN PERBENDAHARAAN - AP59
19.1 AP59 merupakan satu tatacara pembayaran bagi perolehan sesuatu bekalan,
perkhidmatan atau kerja yang dipesan, dibekalkan atau dilaksanakan dengan suci hati
tetapi telah menyalahi peraturan kewangan yang berkuatkuasa. Di samping itu, AP59 juga
bertujuan untuk menentukan punca berlakunya perolehan yang telah menyalahi peraturan
kewangan yang berkuatkuasa serta mengesyorkan tindakan surcaj atau/ dan tatatertib ke
atas pegawai bertanggungjawab.
19.2 Permohonan Pendahuluan Diri AP59
19.2.1 Permohonan pendahuluan diri hendaklah dikemukakan ke Perbendaharaan
melalui Bahagian Kewangan KKR dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah
mendapat perakuan pembayaran di bawah AP59 oleh Pegawai Pengawal/ Ketua
Jabatan atau Perbendaharaan.
19.2.2 Surat permohonan lengkap hendaklah mengandungi maklumat huraian secara
ringkas sebab-sebab pembayaran tidak boleh dibuat secara biasa atau peraturan
kewangan tertentu yang tidak dipatuhi. Surat permohonan juga perlu menyatakan
maklumat ringkas mengenai perolehan berkenaan seperti nilai, jenis perolehan,
kontraktor/ pembekal, tarikh perolehan dan sebagainya. Sekiranya ada keraguan
dari segi amaun yang dituntut, maka satu jawatankuasa boleh ditubuhkan oleh
Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan untuk menilai dan mengesahkan perkhidmatan,
30