Page 50 - APP KKR 2023
P. 50

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       iii.  Menyemak  Laporan  Tanggungan  Belum  Selesai  Pesanan  Kerajaan  dan
                          memastikan semua tanggungan diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 November
                          2023.

               5.3     Bagi bil-bil yang terlibat dengan AP58(a), PTJ hendaklah memohon kelulusan AP58(a)
                       segera  pada  awal  tahun  dan  tidak  perlu  menunggu  di  saat  akhir  memandangkan
                       perkhidmatan/  bekalan  telah  diterima  pada  tahun  sebelumnya. Permohonan kelulusan
                       pembayaran di bawah AP58(a) hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Akaun secara
                       online melalui sistem eAP58 mulai  10 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2023.

               5.4     Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan soalan lazim berkaitan Tatacara
                       Pengurusan  Bayaran  untuk  rujukan  terutamanya  untuk  penentuan  samaada  sesuatu
                       pembayaran di bawah kelulusan AP58(a) atau tidak. Sehubungan itu, semua PTJ boleh
                       merujuk pada Soalan Lazim (FAQ)SPANM BIL. 7/2018 dikemaskini 3 Februari 2021 dan
                       Penyelarasan Maklum Balas Pertanyaan Mengenai AP58(a) kemaskini 9 Februari 2023.

               5.5     Semua permohonan yang telah diluluskan perlu dibuat pembayaran dengan segera iaitu
                       dalam  tempoh  tujuh  (7)  hari  dari  tarikh  kelulusan.  Maklumat  pembayaran  juga  perlu
                       dikemaskini dalam Sistem eAP58(a) dengan segera selepas pembayaran dibuat.

               5.6     Bagi mengurangkan pembayaran di bawah AP58(a), PTJ hendaklah memastikan:
                       i.  Pembekal/  Penyedia  Perkhidmatan  mengemukakan  tuntutan  segera  sebelum
                          Penutupan  Akaun  Kerajaan  Persekutuan  (selepas  perkhidmatan  selesai/  bekalan
                          sempurna).
                       ii.   Pemantauan secara berterusan ke atas Laporan Tanggungan Belum Selesai
                             secara bulanan.
                       iii.  Bayaran berkontrak bulan Disember dibuat lebih awal (tertakluk kepada kelulusan
                          MOF).
                       iv.  Kawalan  perbelanjaan  dipertingkatkan  seperti  penggunaan  mesin  penyalin  (meter
                          reading), sewaan peralatan dan lain-lain lagi.
                       v.  Program/ perolehan selesai/ disempurnakan pada bulan Oktober supaya pembayaran
                          dapat dilaksanakan pada bulan November 2023.

               5.7     PTJ juga diingatkan agar mematuhi sebarang langkah-langkah yang akan dimaklumkan
                       oleh Bahagian Akaun dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan.

               5.8     Kementerian Kerja Raya telah membangunkan Sistem AP58(a) yang telah dikemaskini
                       dengan  modul  tambahan  bagi  memudahkan  pemantauan  di  Kementerian.  Oleh  yang
                       demikian, mulai tahun 2023 sistem AP58(a) KKR yang baru akan mula digunakan.


        6      PENGURUSAN AKAUN DEPOSIT

               6.1     Akaun  Deposit  digunakan  untuk  mengakaunkan  wang  yang  diterima  oleh  Kerajaan
                       Persekutuan/ Negeri khusus bagi sesuatu maksud di bawah mana-mana undang-undang



                                                                                                           49
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55