Page 53 - APP KKR 2023
P. 53

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              6.6.5.3  Pejabat  Pembayar  baharu  hendaklah  mengakaunkan  dan  membuat
                                       bayaran pemulangan deposit terlibat.

                       6.6.6  Transaksi bayaran pulangan balik atau pelarasan deposit hendaklah diselenggara
                              dalam laporan yang berkaitan.

               6.7     Pewartaan Deposit Yang Tidak Dituntut

                       6.7.1  Selaras dengan  AP162,  PTJ hendaklah  memastikan  deposit yang tidak dituntut
                              selepas  tempoh  dua  belas  (12)  bulan  dari  tarikh  deposit  berkenaan  boleh
                              dikembalikan  (tujuan  penerimaan  deposit  telah  selesai),  hendaklah  diberitahu
                              dalam Warta Kerajaan.

                       6.7.2  Bahagian/  Jabatan  dan  PTJ  pemegang  deposit  bertanggungjawab  untuk
                              mewartakan deposit yang tidak dituntut tersebut untuk rujukan orang awam.

                       6.7.3  Pewartaan hendaklah dibuat dengan mengemukakan senarai pendeposit berkaitan
                              kepada  Percetakan  Nasional  Malaysia  Berhad  (PNMB)  mengikut  format  Daftar
                              Deposit Untuk Diwartakan seperti di Lampiran W Arahan Perbendaharaan - AP162.

                       6.7.4  Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
                              i.  Kod Akaun Deposit;
                              ii.  Nama Pendeposit;
                              iii.  Nombor dan tarikh resit;
                              iv.  Nombor dan tarikh penyata pemungut;
                              v.  Tarikh deposit patut dipulangkan; dan
                              vi.  Amaun deposit berkaitan.

                       6.7.5  Sekiranya tiada tuntutan dibuat oleh pendeposit dalam masa tiga (3) bulan selepas
                              pewartaan, Bahagian/ Jabatan dan PTJ hendaklah menyelaraskan  deposit yang
                              tidak dituntut itu kepada Akaun Hasil Wang Tidak Dituntut (kod Akaun: H0181302)
                              dengan  menyediakan  Baucar  Jurnal  dan  mengepilkan  bersama  salinan  Warta
                              Kerajaan sebagai dokumen sokongan.

                       6.7.6  PTJ  yang  telah  membuat  pewartaan  sesuatu  deposit  dikehendaki  menyimpan
                              Laporan  Kedudukan  Subsidiari/  Buku  Lejar  Subsidiari  berkaitan  yang  telah
                              diwartakan  beserta  laporan  pindahan  deposit  tersebut  ke  hasil  dan  dokumen
                              kelulusan pewartaan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan proses pemulangan
                              balik  deposit  sekiranya  berlaku  tuntutan  selepas  deposit  dipindahkan  ke  Akaun
                              Hasil.

               6.8     Pelaporan Akaun Deposit

                       6.8.1  Laporan  Akaun  Deposit  adalah  terdiri  daripada  Sijil  Pengesahan  Baki,  Penyata
                              Penyesuaian  Akaun  Deposit  dan  Senarai  Baki  Pendeposit.  Ia  hendaklah
                              disediakan mengikut Pegawai Pengawal/ Segmen.


                                                                                                           52
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58