Page 57 - APP KKR 2023
P. 57

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              ii.  Borang  lengkap  permohonan  yang  ditandatangani  oleh  Pegawai  Pengawal
                                 Kementerian sendiri;
                              iii.  Salinan transaksi penggunaan ATTD bagi tempoh enam (6) bulan; dan
                              iv.  Draf Arahan Amanah.

                       7.4.3  Perbendaharaan  hanya  akan  menimbangkan  permohonan  setelah  berpuas  hati
                              bahawa suatu Akaun Amanah Awam perlu diwujudkan. Draf Arahan Amanah yang
                              telah  disemak  oleh  Perbendaharaan  akan  dikemukakan  kepada  agensi-agensi
                              berkaitan untuk mendapat nasihat mengikut kehendak AP164.

                       7.4.4  Setelah  mendapat  nasihat  daripada  agensi-agensi  berkaitan,  Perbendaharaan
                              akan mengeluarkan Arahan bagi Akaun Amanah berkenaan secara rasmi.

                       7.4.5  Satu salinan Arahan Amanah akan diedarkan kepada Pegawai Pengawal Akaun
                              Amanah, JANM dan Jabatan Audit Negara.

                       7.4.6  Kementerian/  Jabatan  bertanggungjawab  untuk mendapatkan  kod  akaun  Akaun
                              Amanah daripada JANM setelah mendapat Arahan Amanah berkenaan. Sesuatu
                              Akaun Amanah tidak boleh mula beroperasi selagi kod akaun belum diperolehi.

                       7.4.7  ATTD  hendaklah  ditutup  apabila  Akaun  Amanah  Awam  telah  ditubuhkan  dan
                              beroperasi  ataupun  kerana  sesuatu  sebab  lain.  Jabatan/  PTJ  hendaklah
                              menyediakan  Penyata  Terimaan  dan  Bayaran  akaun  yang  berbaki  sifar  yang
                              menunjukkan kesemua urus niaga terimaan dan bayaran, kemudian kemukakan
                              kepada Perbendaharaan dan JANM.

               7.5     Format Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah adalah seperti di Lampiran D1 dan D2
                       Pekeliling Perbendaharaan WP10.4.

               7.6     Semua  terimaan  dan  pungutan  Akaun  Amanah/  Kumpulan  Wang  Amanah  hendaklah
                       selaras dengan Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah.

               7.7     PTJ  hendaklah  memastikan  bayaran  daripada  peruntukan  Akaun  Amanah/  Kumpulan
                       Wang  Amanah  hanyalah  untuk  projek/  program/  aktiviti  yang  dibenarkan  oleh  Arahan
                       Amanah/  Surat  Ikatan  Amanah  sahaja.  Perbelanjaan  daripada  peruntukan  Akaun
                       Amanah/  Kumpulan  Wang  Amanah  hendaklah  mendapat  kelulusan  Jawatankuasa
                       Pentadbiran  Akaun  terlebih  dahulu  atau  apa-apa  kaedah  lain  yang  ditetapkan  dalam
                       Arahan Amanah/ Surat Ikatan Amanah.

               7.8     Semua  pelaburan  Akaun  Amanah/  Kumpulan  Wang  Awam  hendaklah  diuruskan  oleh
                       JANM  kecuali  dibenarkan  oleh  Arahan  Amanah/  Surat  Ikatan  Amanah.  Borang
                       permohonan kepada JANM untuk urusan pelaburan adalah seperti di Lampiran I Pekeliling
                       Perbendaharaan WP10.4.

               7.9     Pengesahan Baki Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah


                                                                                                           56
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62