Page 59 - APP KKR 2023
P. 59

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       7.12.3 PTJ  perlu  menyediakan  dan  mengemukakan  surat  iringan  bersama  dokumen
                              sokongan berikut kepada Bahagian Akaun: -
                              7.12.3.1  Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/atau
                              7.12.3.2  Laporan  Hasil/  Belanja/  Aset/  Liabiliti  (Ringkasan)  (yang  mana
                                         berkaitan); dan/ atau
                              7.12.3.3  Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau
                              7.12.3.4  Laporan lain (jika berkenaan)

                       7.12.4 Sekiranya  terdapat  penemuan  pengauditan,  PTJ  bertanggungjawab  menyemak
                              dan  mengemukakan  maklum  balas  audit  kepada  Jabatan  Audit  Negara  dan
                              disalinkan  kepada  Bahagian  Akaun  Kementerian,  Bahagian  Kewangan
                              Kementerian (jika berkaitan) dan/atau JANM Negeri/ Cawangan (jika berkaitan).

                       7.12.5 Surat Penutupan Rasmi Akaun Amanah Am atau Surat pemakluman BPOPA akan
                              dipanjangkan kepada PTJ.

               7.13  Proses Penutupan Kumpulan Wang Amanah

                       7.13.1 Kumpulan Wang Amanah yang telah mencapai maksud penubuhannya dan tidak
                              lagi dikehendaki ataupun tidak lagi aktif hendaklah ditutup.

                       7.13.2 Permohonan untuk penutupan KWA boleh dikemukakan kepada Perbendaharaan
                              dengan disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
                              i.  Surat rasmi permohonan daripada Jabatan/ PTJ;
                              ii.  Keputusan  Mesyuarat  Jemaah  Menteri  yang  bersetuju  penutupan  KWA
                                 tersebut; dan
                              iii.  Draf ucapan usul penutupan KWA untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

                       7.13.3 Setelah menerima permohonan lengkap daripada Jabatan/ PTJ, Perbendaharaan
                              akan mengambil tindakan seperti berikut:
                              i.  Menyediakan surat pembentangan usul untuk tujuan pembentangan di Dewan
                                 Rakyat;
                              ii.  Mengatur  satu  sesi  taklimat  antara  Jabatan/  Kementerian  dengan  Menteri
                                 Kewangan mengenai cadangan penutupan KWA; dan
                              iii.  Membentangkan  usul  penutupan  KWA  oleh  Menteri  Kewangan  di  Dewan
                                 Rakyat.

                       7.13.4 Perbendaharaan  akan  memaklumkan  Jabatan/  PTJ  mengenai  kelulusan
                              penutupan oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan baki KWA disifarkan.

                       7.13.5 Menyedia dan mengemukakan surat iringan bersama dokumen sokongan berikut
                              kepada Bahagian Akaun Kementerian:
                              7.13.5.1  7.13.5.1 Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan); dan/ atau
                              7.13.5.2  Laporan  Hasil/  Belanja/  Aset/  Liabiliti  (Ringkasan)  (yang  mana
                                         berkaitan); dan/ atau
                              7.13.5.3  Penyata Akaun Bank berbaki sifar (jika berkaitan); dan/ atau


                                                                                                           58
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64