Page 63 - APP KKR 2023
P. 63

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       8.11.2 Sekiranya Ketua Jabatan/ Bahagian mendapati telah berlaku  kejadian  ‘no show
                              passengers’, penyiasatan hendaklah dibuat untuk menentukan siapakah yang telah
                              melakukan kesalahan itu.

                       8.11.3 Sekiranya kejadian “no show” itu tidak disebabkan oleh kesalahan pegawai maka
                              bayaran  denda  akan  dijelaskan  oleh  Bahagian/  Jabatan  berkenaan  melalui
                              peruntukan  Perbelanjaan  Perjalanan  dan  Sara  Hidup  Bahagian/  Jabatan  yang
                              sedia  ada.  Peruntukan  tambahan  bagi  tujuan  tuntutan  denda  tersebut  tidak
                              dibenarkan. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan/ Bahagian hendaklah membuat
                              pertimbangan yang teliti sebelum memberikan kelulusan. Jabatan/ Bahagian juga
                              hendaklah  mengadakan  satu  buku  daftar  mengenai  kejadian  “no  show
                              passengers”. Format daftar boleh diperolehi dengan merujuk kepada SPANM Bil.
                              7 Tahun 2018 -Tatacara Pengurusan Bayaran.

                       8.11.4 Pegawai yang tidak menyempurnakan perjalanan hendaklah mengembalikan tiket
                              penerbangan  yang tidak digunakan beserta Borang  No Show Passengers yang
                              telah  diperaku  oleh  Ketua  Jabatan.  Borang  berkenaan  hendaklah  dikemukakan
                              kepada Bahagian/ Unit yang mengeluarkan WPUA dalam tempoh  empat belas
                              (14) hari daripada tarikh perjalanan sebenar.

                       8.11.5 Jika kejadian ‘no show passengers’ disebabkan oleh kesalahan/ kecuaian pegawai
                              sendiri  dan  bukan  disebabkan  beliau  terpaksa  diarah  untuk  menjalankan  tugas
                              rasmi  yang  lain  atas  kepentingan  perkhidmatan  dan  Ketua  Jabatan  tidak
                              memperakukan permohonan “no show passenger”, maka denda yang dikenakan
                              oleh  syarikat  penerbangan  perlulah  dituntut  secara  tunai  daripada  pegawai
                              tersebut  atau  dipotong  daripada  gajinya.  Bahagian/  Unit  yang  mengeluarkan
                              WPUA  hendaklah  memaklumkan  kepada  pegawai  jumlah  denda  yang  perlu
                              dijelaskan.

                       8.11.6 Pegawai  tidak  dibenarkan  menukar  tiket  kepada  open  ticket  (tidak  ditetapkan
                              tarikh)  kecuali  dengan  kelulusan  Ketua  Jabatan  dan  kebenaran  Bahagian/  Unit
                              yang mengeluarkan WPUA.

                       8.11.7 Bahagian/ Unit yang mengeluarkan WPUA hendaklah menyelenggara Daftar No
                              Show Passengers untuk semua tiket perjalanan yang tidak disempurnakan bagi
                              tujuan kawalan yang mengandungi butiran seperti berikut:
                              i.  Nama pegawai;
                              ii.  Tarikh dan destinasi perjalanan;
                              iii.  Nombor WPUA dan tarikh;
                              iv.  Sebab No Show Passengers;
                              v.  Harga tiket sebenar;
                              vi.  Jumlah tuntutan kepada agensi penerbangan dan tarikh;
                              vii. Jumlah tuntutan yang diterima dari agensi penerbangan;
                              viii. Tarikh tuntutan diterima dan nombor resit;
                              ix.  Jumlah denda;

                                                                                                           62
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68