Page 68 - APP KKR 2023
P. 68

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                 yang  dikeluarkan  oleh  KSU  KKR  melalui  rujukan  KKR.100-1/9/1  Jld.  2  (2)
                                 bertarikh 31 Oktober 2016;

                       10.5.2    Setiap  borang  permohonan  pinjaman/  sewa  beli  disertakan  dengan  surat
                                 pengesahan pendapatan;

                       10.5.3    Mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai yang mempunyai
                                 keterhutangan  kewangan  serius  mengenai  bagaimana  membiayai  kehidupan
                                 seharian dengan pendapatan yang terhad;

                       10.5.4    Merujuk pegawai-pegawai yang mempunyai masalah keterhutangan kewangan
                                 yang  serius  dan  mempunyai  baki  emolumen  kurang  daripada  40%  kepada
                                 kaunselor dengan kadar segera setelah dikesan;

                       10.5.5    Jika langkah diperkara 10.5.3 dan 10.5.4 masih tidak membebaskan pegawai
                                 daripada berada  dalam  keadaan  keterhutangan  kewangan  yang  serius,  surat
                                 amaran  hendaklah  dikeluarkan  kepada  pegawai  supaya  menyelesaikan
                                 masalah berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian;

                       10.5.6    Ketua  Jabatan  hendaklah  menilai  dengan  terperinci  penjelasan  atau  sebab-
                                 sebab yang dinyatakan oleh pegawai. Sekiranya pegawai gagal membuktikan
                                 bahawa beliau boleh menangani masalah keterhutangan kewangan yang serius,
                                 tindakan tatatertib hendaklah dimulakan terhadap pegawai;

                       10.5.7    Memantau pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/ penyata pendapatan
                                 pegawai seperti hutang dengan institusi kewangan yang tidak dipotong melalui
                                 Biro Angkasa, hutang sewa beli dan sebagainya. Sekiranya pegawai didapati
                                 tidak mengisytiharkan pinjaman/ potongan tersebut, Ketua Jabatan hendaklah
                                 mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib;

                       10.5.8    Memastikan pengurus sumber manusia dan pengurus kewangan di peringkat
                                 PTJ  masing-masing  menjana  laporan  pendapatan  bersih  kurang  40%  pada
                                 setiap bulan untuk tindakan pemantauan selanjutnya; dan

                       10.5.9    Mengemukakan secara berkala iaitu setiap 3 bulan (Mac, Jun, September dan
                                 Disember)  laporan  pegawai  yang  mengalami  keterhutangan  kewangan  yang
                                 serius  ke  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Kementerian  Kerja  raya
                                 termasuk  tindakan  yang  telah  diambil  oleh  Ketua  Jabatan  beserta  dokumen
                                 berkaitan sebagai bukti seperti di LAMPIRAN XIII.

               10.6  PTJ perlu mendapatkan pengesahan akuan hutang secara bertulis dari Bahagian Akaun
                       bahawa  pegawai  tersebut  masih  ada  atau  tiada  pinjaman  dengan  Kerajaan  bagi
                       mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan pembayaran balik bagi pinjaman-pinjaman
                       dengan Kerajaan di bawah KKR.




                                                                                                           67
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73