Page 64 - APP KKR 2023
P. 64

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                              x.  Jumlah  bayaran  denda  daripada  pegawai,  tarikh  denda  diterima  dan
                                 nombor resit; dan
                              xi.  Nombor  rujukan  surat  kelulusan  pengecualian  denda/  surat  tuntutan
                                 kepada pegawai sekiranya tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan.

                       8.11.8 Jabatan/  Bahagian/  Unit  yang  mengeluarkan  WPUA  hendaklah  mendapatkan
                              pengesahan berkaitan “no show passengers” daripada syarikat penerbangan dan
                              menyemak dengan Daftar No Show Passengers.

                       8.11.9 Sekiranya kes “no show passengers” tidak dilaporkan dan maklumat dapat dikesan,
                              pegawai yang berkaitan boleh dikenakan tindakan tatatertib atau dikenakan surcaj.

                       8.11.10 Jika  perjalanan  tidak  dapat  dilakukan,  tuntutan  bayaran  balik  hendaklah
                               dikemukakan  oleh  PTJ  kepada  syarikat  penerbangan  atau  kepada  agensi
                               pengembaraan dengan mengemukakan surat permohonan oleh Ketua Jabatan
                               dan  dokumen  sokongan  berkaitan  dalam  tempoh  tiga  (3)  bulan  dari  tarikh
                               penerbangan.

                       8.11.11 Segala  denda  atau  kos  perkhidmatan  yang  dikenakan  atas  pembatalan/
                               penangguhan tempahan boleh dipotong dari bayaran balik yang dituntut. Agensi
                               tidak dibenarkan membuat bayaran balik melalui Nota Kredit.

                       8.11.12 Bagi mengakaunkan bayaran balik tersebut,
                                8.11.12.1  Bayaran  balik  yang  diterima  dalam  tahun  semasa  hendaklah
                                            dikreditkan ke vot asal Bayaran Kapal Terbang semasa penyediaan
                                            WPUA.
                               8.11.12.2  Jika bayaran balik diterima dalam tahun berikutnya, amaun tersebut
                                            hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil:  H0181101 - Terimaan  Balik
                                            Bayaran Tahun-Tahun Lalu.

                      8.11.13 Jabatan/ Bahagian/ Unit perlu memastikan semua tuntutan bayaran balik diterima
                               dengan nilai    yang    sepatutnya    bagi mengelakkan   kerugian kepada    pihak
                               kementerian.

                       8.11.14Bahagian/ Jabatan perlu memaklumkan dengan segera kepada Bahagian Akaun
                               sekiranya  agensi  penerbangan  tidak  membuat  pulangan  kepada  Bahagian/
                               Jabatan selepas tiga (3) bulan tuntutan refund dikemukakan.

                       8.11.15Tuntutan  refund  “no  show  passengers”  yang  belum  diselesaikan  oleh  agensi
                               penerbangan  selepas  tiga  bulan  dari  tarikh  tuntutan  dikemukakan  perlu
                               dimasukkan dalam senarai ABT Bahagian/ Jabatan.






                                                                                                           63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69