Page 61 - APP KKR 2023
P. 61

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                   pelancongan  Bumiputera  yang  berdaftar  dengan  Kementerian  Kewangan
                                   serta boleh dibuat dalam satu LO yang sama.
                       8.3.3. Pembelian sendiri oleh pegawai: Pegawai sendiri membeli tiket daripada syarikat
                              penerbangan  atau  syarikat/agensi  pelancongan  berkenaan  secara  dalam  talian
                              (online), melalui kaunter, atau medium elektronik lain yang dibenarkan. Pegawai
                              hendaklah  mengemukakan  tuntutan  bayaran  balik  beserta  dokumen  sokongan
                              yang lengkap kepada Kementerian/ Jabatan untuk tujuan bayaran balik

               8.4    Bagi Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam PB 3.1 (kemaskini 14 Julai 2022)
                      Pegawai dibenarkan membeli sendiri tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan
                      atau agensi pelancongan yang menawarkan harga yang lebih rendah dan memberikan
                      penjimatan  berbanding  menggunakan  Waran  Perjalanan  Udara  Awam.  Satu  Surat
                      Perkeliling Dalaman Kewangan Bil 2 Tahun 2022, rujukan KKR.100-1/8/12(19) bertarikh
                      5 Oktober 2022 telah dikeluarkan bertujuan untuk menjelaskan menjelaskan mengenai
                      garis  panduan  dalaman  Kementerian  Kerja  Raya  tentang  perwakilan  kuasa  Pegawai
                      Pengawal  dan  pengurusan  tuntutan  bayaran  balik  tiket  penerbangan  untuk  perjalanan
                      udara rasmi bagi tiket yang dibeli sendiri oleh pegawai rujuk LAMPIRAN XI.

               8.5    Tatacara permohonan pembelian sendiri tiket penerbangan untuk perjalanan udara rasmi

                       8.5.1  Pegawai yang diarahkan untuk menjalankan tugas rasmi perlu merujuk kepada Unit
                              Kewangan  terlebih  dahulu  bagi  memastikan  peruntukan  sedia  ada  adalah
                              mencukupi sebelum pembelian sendiri tiket penerbangan untuk perjalanan udara
                              rasmi dibuat.
                       8.5.2  Pegawai hendaklah membuat kajian pasaran terlebih dahulu bagi memastikan tiket
                              penerbangan  untuk  perjalanan  udara  rasmi  yang  dibeli  adalah  paling
                              menguntungkan kerajaan berbanding pembelian menggunakan Waran Perjalanan
                              Udara Rasmi (WPUA).
                       8.5.3  Pegawai  perlu  mendapatkan  sokongan  Ketua  Jabatan  dengan  menggunakan
                              Borang  Permohonan  Pembelian  Sendiri  Tiket  Penerbangan  Untuk  Perjalanan
                              Udara Rasmi Dan Kelulusan Tuntutan Bayaran Balik, rujuk LAMPIRAN XII.
                       8.5.4  Bagi  pembelian  tiket  menggunakan  syarikat  Malaysia  Airlines  Berhad  (MAB),
                              pegawai  digalakkan  membuat  pembelian  menggunakan  Malaysia  Airlines
                              eGovemment Portal berbanding pembelian di kaunter, platform dalam talian atau
                              agensi pelancongan mana-mana yang menawarkan harga yang lebih rendah.

               8.6     Kos  yang  boleh  dituntut  oleh  pegawai  apabila  membuat  pembelian  tiket  penerbangan
                       secara atas talian tanpa menggunakan WPUA adalah seperti berikut:
                       i.  Harga Tiket Penerbangan;
                       ii.  Surcaj Bahan Api;
                       iii.  Cukai Lapangan Terbang;
                       iv.  KLIA2 Fees (jika berkaitan);
                       v.  Sales and Services Tax (SST);
                       vi.  Bagasi (tuntutan berdasarkan kilogram bagasi paling minimum yang ditawarkan oleh
                          syarikat penerbangan);
                       vii. Insurans;


                                                                                                           60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66