Page 58 - APP KKR 2023
P. 58

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       7.9.1  Bahagian Akaun akan mengeluarkan laporan pada setiap bulan untuk disemak dan
                              disesuaikan dengan rekod terimaan dan bayaran Akaun Amanah/ Kumpulan Wang
                              Amanah.

                       7.9.2  Bahagian Akaun akan mengemukakan laporan Simpanan Tetap/Terakru kepada
                              PTJ untuk dikemaskini dalam Daftar Pelaburan Simpanan Tetap Kumpulan Wang
                              Amanah  Kerajaan/  Akaun  Amanah  Awam  selepas  diterima  dari  Bahagian
                              Pengurusan Operasi Dan Pengurusan Agensi (BPOPA).

                       7.9.3  PTJ hendaklah memastikan Sijil Pengesahan Baki seperti di Lampiran J1 Pekeliling
                              Perbendaharaan  WP10.4  disediakan  oleh  Pegawai  Pengawal  Akaun  Amanah/
                              Kumpulan Wang Amanah atau pegawai yang diberikan kuasa olehnya.

                       7.9.4  Sijil  Pengesahan  Baki  Akaun  Amanah/  Kumpulan  Wang  Amanah  perlu
                              dikemukakan oleh PTJ kepada Bahagian Akaun dalam tempoh empat belas (14)
                              hari selepas laporan diterima/ dijana.

                       7.9.5  Pengesahan baki hendaklah disertakan sesalinan laporan diportal iGFMAS seperti
                              berikut: -
                              7.9.5.1    Laporan Kedudukan Dana Amanah (Ringkasan)
                              7.9.5.2    Laporan Kedudukan Vot (Ringkasan)
                              7.9.5.3    Laporan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti (yang mana berkaitan)

                       7.9.6  Sekiranya baki berbeza, Penyata Penyesuaian hendaklah disediakan.

               7.10  Penyata Tahunan

                       7.10.1 PTJ hendaklah mengemukakan surat iringan bersama laporan – laporan berikut
                              selewatnya pada 14 Februari tahun berikutnya bagi laporan 31 Disember 2023: -
                              7.10.1.1  Laporan Kedudukan Dana dan Laporan Kedudukan Vot (Ringkasan)
                              7.10.1.2  Laporan Hasil/ Belanja/ Aset/ Liabiliti/ Ekuiti (yang mana berkaitan)
                              7.10.1.3  Senarai Kod Akaun (jika berkaitan)

               7.11  Jawatankuasa Akaun hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
                       dan  mengikut  korum  yang  telah  ditetapkan.  Sesalinan  Minit  Mesyuarat  Jawatankuasa
                       Akaun Amanah tersebut perlu dikemukakan kepada BA untuk makluman dan rekod.

               7.12  Proses Penutupan Akaun Amanah

                       7.12.1 Akaun Amanah yang telah mencapai maksud penubuhannya, tidak dikehendaki
                              lagi,  mencukupi tempoh  hayat  yang  ditetapkan  dalam  Arahan Amanah ataupun
                              yang tidak aktif lagi untuk tempoh setahun hendaklah ditutup.

                       7.12.2 Baki  Akaun  Amanah  yang  hendak  ditutup  mestilah  disifarkan  iaitu  sama  ada
                              dengan  dipindahkan  ke  Akaun  Hasil  atau  dikembalikan  kepada  penyumbang
                              mengikut peruntukan Arahan Amanah berkenaan.


                                                                                                           57
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63