Page 54 - APP KKR 2023
P. 54

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       6.8.2  PTJ termasuk JKR Negeri dan Daerah perlu menyediakan dan mengemukakan
                              dua (2) salinan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Akaun Deposit dan
                              Senarai Baki Pendeposit pada setiap akhir bulan dengan tepat kepada Bahagian
                              Akaun Kementerian berkenaan selewat- lewatnya 14 haribulan dari hari pertama
                              bekerja bulan berikutnya.

                       6.8.3  Bagi  tujuan  tersebut,  BA  perlu  mengemukakan  Laporan  FAGLB03  kepada  PTJ
                              sebagai rujukan.

                       6.8.4  BA perlu mengemukakan dua (2) salinan Sijil Pengesahan Baki dan Senarai Baki
                              Pendeposit  Disatukan  pada  setiap  suku  tahun  selaras  dengan  AP159  kepada
                              BPOPA sebelum tarikh yang dinyatakan di dalam SPANM Bil.4/2019:
                              i.  Suku Pertama – 25 April 2023
                              ii.  Suku Kedua – 25 Julai 2023
                              iii.  Suku Ketiga – 25 Oktober 2023
                              iv.  Suku Keempat – 25 Januari 2024

               6.9     Permohonan Penutupan Akaun Deposit

                       6.9.1  Permohonan  penutupan  sesuatu  kod  akaun  deposit  perlu  dikemukakan  kepada
                              BPOPA, JANM melalui Bahagian Akaun Kementerian dengan mematuhi perkara
                              berikut:
                              6.9.1.1  Tujuan deposit tersebut diwujudkan telah mencapai maksudnya;
                              6.9.1.2  Akaun Deposit tidak diperlukan lagi;
                              6.9.1.3  Tiada lagi transaksi terimaan dan bayaran akaun deposit tersebut dibuat
                                       dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
                              6.9.1.4  Akaun Deposit tersebut telah berbaki sifar di peringkat Kementerian dan
                                       PTJ.


        7      PENGURUSAN AKAUN AMANAH

               7.1     Kategori Amanah

                       7.1.1  Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (KWAK)
                              7.1.1.1    Kumpulan  Wang  Amanah  Kerajaan  mengakaunkan  terimaan  dari
                                         peruntukan  Kerajaan  (Kumpulan  Wang  Disatukan)  dan  bayaran  bagi
                                         maksud tertentu mengikut Seksyen 10, Akta Prosedur Kewangan 1957.
                                         Ianya  disenaraikan  dalam  Jadual  Kedua  dan  Ketiga  Akta  Prosedur
                                         Kewangan  1957.  Pengurusan  Kumpulan  Wang  Amanah  Kerajaan  ini
                                         hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP10. 4.

                              7.1.1.2    Walau bagaimanapun, apa-apa sumbangan/ caruman wang boleh juga
                                         diterima daripada orang perseorangan, Kerajaan Negara Luar dan/atau
                                         badan-badan  antarabangsa  atau  tempatan  yang  tidak  dibiayai




                                                                                                           53
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59