Page 55 - APP KKR 2023
P. 55

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                                         sepenuhnya  oleh  Kerajaan  Malaysia  bagi  tujuan  tertentu  yang
                                         diamanahkan kepada Kerajaan untuk KWAK tersebut.

                              7.1.1.3    Ia ditadbir melalui Surat Ikatan Amanah.

                       7.1.2  Akaun Amanah Awam

                              7.1.2.1    Akaun Amanah Awam mengakaunkan terimaan dan bayaran melibatkan
                                         wang  awam  yang  diterima  daripada  orang  perseorangan,  Kerajaan
                                         Negara Luar dan/ atau badan-badan antarabangsa atau tempatan yang
                                         tidak dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia bagi maksud tertentu
                                         mengikut  Seksyen  9,  Akta  Prosedur  Kewangan  1957.  Pengurusan
                                         Akaun  Amanah  Awam  ini  hendaklah  merujuk  kepada  Pekeliling
                                         Perbendaharaan WP10.4.

                              7.1.2.2    Ia ditadbir melalui Arahan Amanah.

               7.2     Kumpulan Wang Amanah Kerajaan dan Akaun Amanah Awam hendaklah dikendalikan
                       mengikut  peruntukan  dalam  Surat  Ikatan  Amanah,  Arahan  Akaun  Amanah,  Arahan
                       Perbendaharaan,  Pekeliling  Perbendaharaan  dan  peraturan  kewangan  berkaitan  yang
                       berkuatkuasa.

               7.3     Permohonan Penubuhan KWAK

                       7.3.1  Jabatan/  PTJ  hendaklah  terlebih  dahulu  mengadakan  perbincangan/  rundingan
                              dengan  Pejabat  Belanjawan  Negara,  Perbendaharaan  bagi  meneliti  implikasi
                              kewangan Kerajaan berikutan cadangan penubuhan sesuatu KWAK.

                       7.3.2  Jabatan/  PTJ  seterusnya  dikehendaki  menyediakan  dan  mengemukakan
                              Memorandum  Jemaah  Menteri  yang  lengkap  beserta  ulasan  Kementerian
                              Kewangan berhubung cadangan penubuhan sesuatu KWAK, termasuk implikasi
                              kewangan yang berbangkit untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

                       7.3.3  Setelah  mendapatkan  kelulusan  Mesyuarat  Jemaah  Menteri,  permohonan
                              penubuhan  KWAK  hendaklah  dikemukakan  kepada  Perbendaharaan  dengan
                              disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
                              i.  Surat rasmi permohonan daripada Jabatan/ PTJ;
                              ii.  Salinan keputusan  Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersetuju menubuhkan
                                 KWAK tersebut;
                              iii.  Draf ucapan usul penubuhan KWAK untuk pembentangan di Dewan Rakyat;
                                 dan
                              iv.  Draf Surat Ikatan Amanah.

                       7.3.4  Setelah menerima permohonan lengkap daripada Jabatan/ PTJ, Perbendaharaan
                              akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:


                                                                                                           54
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60