Page 65 - APP KKR 2023
P. 65
ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
2023
9 WANG PENDAHULUAN KONTRAKTOR
9.1 Selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan penggunaan sistem iGFMAS, kod
akaun Wang Pendahuluan Kontraktor (WPK) telah diwujudkan di bawah kategori
Perbelanjaan Terdahulu iaitu A0591101.
9.2 Kod akaun ini merupakan kod akaun bersubsidiari jenis recon AP di mana terdapat akaun
subsidiari pembekal bagi setiap kontraktor.
9.3 PTJ hendaklah memastikan Bayaran WPK dipertanggungkan kepada Vot dan PTJ
pemilik projek.
9.4 Pembayaran hendaklah dibuat melalui sistem iGFMAS dengan menggunakan Modul
Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan (Submodul Bayaran Pendahuluan
Kontraktor) di mana modul ini akan default ke kod akaun A0591101.
9.5 Rekupmen WPK perlu menambah nilai Aset Dalam Pembinaan (AUC), dan dibuat melalui
arahan pembayaran interim (Arahan Pembayaran dengan Pesanan Kerajaan) dengan
mengkreditkan kod akaun A0591101. Rekupmen WPK tidak akan menambah
perbelanjaan bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan yang berkaitan.
9.6 Lejar Subsidiari atau Laporan Kedudukan Subsidiari (Terperinci) boleh dijana melalui
sistem iGFMAS di modul Arahan Pembayaran (Laporan Kedudukan Subsidiari).
9.7 Bagi projek di bawah peruntukan P98 (Deposit Kerja), bayaran WPK hendaklah
menggunakan kod akaun belanja (B033xxxx) kerana aset yang dibangunkan melalui
peruntukan P98 tidak dipermodalkan. Sehubungan itu, bayaran balik WPK tidak
diperakaunkan dan hanya dicatatkan di Perakuan Bayaran Interim JKR66 sahaja dan
dikemaskini di dalam Lejer Kontrak/ Lejer Subsidiari.
9.8 Manakala WPK yang melibatkan peruntukan mengurus (B) tidak boleh diakaunkan
menggunakan kod akaun A0591101. WPK tersebut perlu diakaunkan menggunakan kod
akaun belanja/ aset berkaitan. Walaubagaimanapun WPK tersebut perlu disertakan
bersama dalam Laporan WPK bulanan yang dikemukakan kepada Bahagian Akaun, KKR.
9.9 Tindakan pelarasan melibatkan WPK boleh terjadi di atas keadaan-keadaan tertentu
seperti berikut:
i. Bayaran WPK dibuat menggunakan kod akaun selain A0591101;
ii. Rekupmen WPK tidak diperakaunkan semasa bayaran interim; atau
iii. Bayaran interim ditolak sepenuhnya dengan rekupmen WPK.
9.10 Tindakan pelarasan hendaklah dilakukan oleh PTJ Pembayar.
9.11 Sebelum tindakan pelarasan dibuat, adalah menjadi tanggungjawab PTJ Pembayar untuk:
i. Menyemak baki rekod di PTJ Pembayar berbanding iGFMAS;
64