Page 66 - APP KKR 2023
P. 66

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

                       ii.  Membuat semakan antara Perakuan Bayaran Interim JKR66, lejer kontrak dan arahan
                          pembayaran; dan
                       iii.  Memastikan sama ada tindakan penyelesaian AUC telah dibuat.

               9.12  Setiap pelarasan yang melibatkan kod akaun A0591101 hendaklah menggunakan jurnal
                       jenis KJ dan perlu mengunci masuk huruf ‘K’ di ruangan Special GL Indicator dan juga
                       nombor SST iGFMAS di ruangan ‘Kod Kegunaan Pusat Tanggungjawab’.

               9.13  Sekiranya pelarasan WPK melibatkan kod akaun aset dalam pembinaan (AUC), dua (2)
                       jenis jurnal iaitu Jurnal KJ dan Jurnal Pelarasan Aset hendaklah dibuat kerana jurnal
                       jenis KJ tidak membenarkan kod akaun aset digunakan.

               9.14  Tatacara memperakaunkan Jaminan Bank/ Insurans ke atas WPK adalah seperti berikut:
                      9.14.1  PTJ hendaklah   sentiasa memastikan    Jaminan Bank/ Insurans ke    atas WPK
                                   sentiasa di dalam tempoh sah.

                       9.14.2 Jaminan  Bank/  Insurans  ke  atas  WPK  hendaklah  dicairkan  segera  sekiranya
                              kontraktor enggan untuk melanjutkan tempoh sah jaminan atau projek ditamatkan.

                       9.14.3  Permohonan  pencairan  jaminan  bank/  insurans  hendaklah  dilakukan  sebelum
                               tamat tempoh sah jaminan bank/ insurans berkenaan.

                       9.14.4  Wang  yang  telah  diterima  dari  pengeluar  jaminan  bank/  insuran  hendaklah
                               diakaunkan dengan mengurangkan kod akaun WPK (A0591101).

                       9.14.5  Terimaan hendaklah diakaunkan melalui modul Terimaan sistem iGFMAS dengan
                               menggunakan resit jenis Wang Pendahuluan Kontraktor.

               9.15  Pemantauan dan pelaporan

                       PTJ bertanggungjawab untuk memastikan:
                       9.15.1 Setiap salinan Arahan Pembayaran dan Baucar Jurnal yang melibatkan transaksi
                              WPK hendaklah diberikan kepada Penyedia JKR66 bagi tujuan rekod.

                       9.15.2  PTJ juga adalah bertanggungjawab untuk memastikan baki kod akaun WPK di
                               sistem  iGFMAS  (Laporan  Kedudukan  Subsidiari)  adalah  sama  dengan  JKR66
                               yang telah dibayar.
               9.16  Laporan WPK hendaklah dikemukakan dengan disokong salinan JKR66 terkini yang telah
                      dibayar dan salinan Arahan Pembayaran ke Bahagian Akaun selewat-lewatnya pada 10
                      haribulan bulan berikutnya.

        10     PENGESAHAN AKAUN BEBAS HUTANG (ABH)

               10.1  Ketua  Jabatan  hendaklah  bertanggungjawab  untuk  memastikan  pegawai-pegawai
                       seliaannya tidak termasuk dalam keadaaan keterhutangan kewangan yang serius.


                                                                                                           65
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71