Page 67 - APP KKR 2023
P. 67

ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA
                                                                                                               2023

               10.2  Keterhutangan kewangan yang serius bermaksud keadaan keterhutangan seseorang
                       pegawai yang tinggi, setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah
                       sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya.

               10.3  Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan
                       yang serius jika:
                       10.3.1    Agregat  hutang  dan  nilai  tanggungan  tidak  bercagarnya  pada  bila-bila  masa
                                 tertentu melebihi sepuluh (10) kali emolumen bulanannya;

                       10.3.2    Dia adalah seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu tidak
                                 dijelaskan  dalam tempoh  satu  (1)  bulan dari  penerimaan  perintah  bermeterai
                                 penghakiman itu; atau

                       10.3.3    Dia ialah seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut
                                 mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang
                                 memihak kepada Pegawai Pemegang Harta masih belum dijelaskan atau selagi
                                 tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

               10.4  Bagi  mengelakkan  pegawai  daripada  termasuk  dalam  keterhutangan  kewangan  yang
                       serius, setiap pegawai hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
                       10.4.1    Membuat  permohonan  pinjaman  wang  tunai  atau  sewa  beli  dari  institusi
                                 kewangan  yang  sah,  berlesen  dan  diluluskan  penubuhannya  oleh  Kerajaan
                                 sahaja;

                       10.4.2    Memastikan pinjaman wang tunai atau lain-lain jenis pinjaman tidak bercagar
                                 pada  bila-bila  masa  tidak  melebihi  daripada  sepuluh  (10)  kali  emolumen
                                 bulanannya.  Contoh,  jika  emolumen  bulanan  pegawai  adalah  sebanyak
                                 RM1,000  maka  pinjaman  tidak  bercagar  yang  dibenarkan  ialah  tidak  lebih
                                 daripada RM10,000.

                       10.4.3    Mengemukakan  slip  gaji/  penyata  pendapatan  bulanan/  tahunan,  surat
                                 pengesahan  pendapatan  serta  borang  permohonan  pinjaman  yang  disahkan
                                 dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/ pegawai yang diberi kuasa secara bertulis;
                                 dan

                       10.4.4    Mengisytiharkan lain-lain bentuk pinjaman yang tidak dinyatakan dalam slip gaji/
                                 penyata  pendapatan  kepada  Ketua  Jabatan  sebelum  membuat  permohonan
                                 pinjaman.

               10.5  Ketua  Jabatan  hendaklah  bertanggungjawab  memastikan  tindakan  diambil  ke  atas
                       perkara-perkara berikut:
                       10.5.1    Hanya Ketua  Jabatan/  pegawai yang diberi kuasa secara bertulis dibenarkan
                                 untuk membuat pengesahan, perakuan dan menandatangani surat pengesahan
                                 pendapatan atau mana-mana borang pinjaman/ sewa beli selaras dengan Garis
                                 Panduan Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Serius



                                                                                                           66
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72